Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.
Apa kaitannya semua ini dengan pelajaran renang kita?
Untuk mereka yang baru mula mengenali dan mempelajari teknik berenang mungkin istilah tersebut tidak bermakna apa-apa pun sebab yang pentingnya pandai dulu.. kan?
Walau bagaimanpun apabila anda meningkat mahir dan menguasai teknik berenang dengan baik akan timbul persoalan2 berikut :-
1. Macam mana nak berenang laju, asyik2 kena potong orang sebelah je ?
2. Macam mana nak berenang relak tak gunakan banyak kudrat ,lancar dan senyap macam orang lain?
3. Macam mana boleh berenang jarak jauh dan beterusan tanpa henti ?
Jadi masa inilah perkara2 teknikal berkenaan renang kita kena ambil tahu, kena baca dan kena faham, lepas tu cuba buat.
Kesan langsung dari Stroke Length & Stroke Rate :
a) Mempengaruhi jumlah tenaga fizikal yang diperlukan semasa berenang.
b) Keupayaan untuk menambah atau merendahkan kelajuan renang.
Stroke Length : Kiraan berapa jauh jarak pergerakan untuk setiap stroke tangan.
- Stroke tangan kiri dan kanan dikira berasingan (kiri = 1stroke , kanan = 1stroke ,jumlah = 2stroke)
- lagi kurang jumlah stroke = lagi panjang sesuatu stroke.
- Sedikit kuak tangan anda boleh mencapai jarak renang yang jauh = Penjimatan tenaga @ Kurang Penat
Stroke Rate : Kiraan berapa stroke dalam satu minit
- Untuk memudahkan kiraan masa boleh di ambil dalam 10sec @ 20sec dan sebagainya mengikut kemudahan.
- Boleh minta bantuan rakan untuk mengira dalam masa yang ditetapkan semasa kita berenang atau
boleh rakam video renang dan kita kira sendiri jumlah stroke.
Contoh:
Jumlah stroke tangan (kiri+kanan)= 10, masa = 10sec
10stroke/(10sec/60sec) = 10stroke/0.1666minit = 60 Strokes Per Minit (SPM)
40 SPM dikira sebagai stroke rate perlahan (kelajuan orang awam tahap mahir berenang)
80 SPM dikira sebagai stroke rate laju (kelajuan Micheal Phelps memecut)
Kesimpulan:
Kelajuan Renang = Stroke length x Stroke Rate
Anda boleh menambah kelajuan renang dengan menambah Stroke length atau Stroke Rate atau kedua-duanya sekali.
Walau bagaimanapun masih ada beberapa faktor lain yang berkaitan dengan kelajuan renang perlu dipelajari dan difahami sebelum kita menjadi juara pecut renang atau juara Swimathon..panjang lagi kalau nak cerita ni.
Berenang di kawasan terbuka boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan sambil menikmati keindahan alam tanpa sempadan 25m ataupun 50m yang terhalang oleh dinding konkrit (kolam renang).
Pecahkan dinding tersebut dengan berenang di luar atau kawasan terbuka seperti laut, tasik ataupun sungai ! Sekiranya anda bersedia..dan ada keberanian !
Relaks…mari kita perkatakan berkenaan berenang di laut.
Adalah penting untuk berasa selesa dan selamat bila berada di laut sebelum kita menikmati keseronokan berenang itu sendiri. Kita perlu memahami apa yang laut boleh lakukan, apa yang kita sendiri boleh lakukan dan perlunya ada keyakinan untuk menghadapi apa jua cabaran yang akan datang dari laut..terminum air masin, terkena bisa obor-obor, terpijak karang dan sebagainya.
Jangan berfikiran bahawa akan ada orang datang menyelamat bila kita mengalami masalah di laut. Lifeguard dan orang lain juga mempunyai batasan untuk menolong itupun sekiranya kita bernasib baik dan mereka berada di sekitar kita.
Bayangkan sekiranya pada waktu sama kita menghadapi kecemasan,5 orang lain menghadapai masaalah sama dan berfikir cara sama seperti kita.. bagaimana? Adakah nasib masih menyebelahi kita?
Fikirkan betul-betul soalan ini kerana jawapannya sangat penting..kepada kita sendiri.
Bolehkah kita berenang berterusan tanpa berehat?
Bolehkan kita mengapungkan diri untuk membetulkan google yang dimasuki air?
Bolehkah kita berenang sekiranya tangan kita terluka atau kaki menjadi kejang?
Bolehkan kita menyelam seketika tanpa rasa cemas dan tertekan?
Jika jawapannya "Ya", Tahniah anda telah lulus cemerlang
Jika jawapannya "Tidak", Dukacita anda gagal sila sambung latihan di kolam bersama-sama cikgu tersayang.
Bukan sesuatu yang ganjil bagi seorang yang mahir berenang mengalami keadaan panik di laut, situasi panik adalah sesuatu yang perlu dihindarkan dan dikawal sepenuhnya. Cabaran mental yang paling besar adalah bagaimana untuk mengekalkan ketenangan diri dalam apa jua keadaan yang berlaku di sekeliling kita.
Kita boleh melakukan breaststroke ataupun mengapungkan diri buat seketika sambil berfikir apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan, bukannya menjadi panik serta hilang punca dalam situasi kecemasan. Cari jalan supaya kita dapat terapung seketika dan memulihkan keyakinan diri.
Jangan berenang bersendirian tanpa rakan semasa menjalani latihan di laut.
Walaupun kita mempunyai keyakinan dan kemahiran renang yang tinggi, masih boleh terjadi sesuatu yang tidak diduga dan waktu itu kita benar-benar memerlukan pertolongan.Di sinilah pentingnya kehadiran seorang rakan renang.
Sekiranya terdapat Lifeguard yang bertugas, beritahu mereka yang kita sedang mengadakan latihan di kawasan berdekatan supaya mereka boleh membantu bila diperlukan.
Sebagai seorang yang berpegang pada prinsip agama, setelah kita mengambil langkah berjaga-jaga dan berusaha mencegahnya maka seterusnya bertawakkal dan berserah kepada Tuhan supaya kita sentiasa dilindungiNya walau di mana sekalipun kita berada.
Seronok tetap seronok tapi yang penting kita memperkemaskan dan mempersiapkan diri dengan skill yang diperlukan untuk berenang di laut atau kawasan terbuka.
Semoga anda selamat dan bergembira berenang di Laut.
Semenjak dua menjak ni semangat tengah berkobar-kobar ingin menyertai pertandingan Swimathon Kapas Marang yang akan diadakan pada 29hb. April 2012 nanti. (Jarak pertandingan renang ialah 6.5km sehala dari Pulau Kapas menyeberang laut ke pantai Marang)
Sekarang ni saya giat menjalankan latihan secara sendirian bertempat di kolam renang Precint 6 dan kolam renang Pusat Maritim, Putrajaya bergantung kepada keadaan dan kelapangan masa.
Catatan Latihan Kolam Renang:
1) 4/1/2012 - Pusat Maritim , Jarak = 1.8km , Masa = 58minit
2) 5/1/2012 - Precint 6 , Jarak = 1.5km , Masa = 38minit
3) 25/1/2012 - Precint 6 , Jarak = 2.0km , Masa = 48minit
4) 27/1/2012 - Precint 6 , Jarak = 2.5km , Masa = 56minit
5) 29/1/2012 - Pusat Maritim , Jarak = 5.9km , Masa = 132minit (2jam12min.)
6) 2/2/2012 - Precint 6 , jarak = 3.0km , Masa = 80minit (1jam20min)
7) 4/2/2012 - Pusat Maritim , Jarak = 4.7km , Masa = 108min (1jam40min)
8) 7/2/2012 - Pusat Maritim , Jarak = 4.1km , Masa = 92min (1jam32min)
9) 18/2/2012 - Pusat Maritim , Jarak = 2.9km , Masa = 76minit (1jam16minit)
10)21/2/2012- Pusat Maritim , Jarak = 2.25km , Masa = 60minit (1jam)
11)24/2/2012 - Pusat Maritim , Jarak = 2.7km , Masa = 71minit (1jam11min)
12)29/2/2012 - Pusat Maritim , Jarak = 2.1km , Masa = 50minit
Tujuan :
1. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri dari sudut fizikal ataupun mental.
2. Memperbaiki teknik freestyle dengan cara yang lebih effisien dan menambah kelajuan renang.
3. Mempraktiskan navigation dan sighting semasa berenang.
4. Memperbaiki rekod catatan masa sendiri.
5. Mencapai jarak 6.5km dalam masa kurang 3jam dalam tempoh 3bulan lebih.
6. Mengekalkan diet pemakanan dan pengambilan supplement (AMWAY)
Pengajaran hari ini (25/1/2012) (5.00pm-7.00pm)
1. Pasang niat...mesti nak buat jarak jauh 2km non stop, kena bagi input ke otak supaya mental bersiap sedia dari awal dan tidak kecundang ditengah kolam.
2. Tenaga mesti cukup, kebetulan hari cuti Tahun Baru Cina tidak ke office..banyak tenaga tersimpan di rumah ditambah dengan makan tengahari yang agak lumayan (Sup Tulang)...Jumlah kalori untuk dibakar terlebih cukup !!.
3. Pakaian yang kurang geseran (tight & fit) dan goggle yang tidak berkabus bila berenang lama. Jam tangan kalis air untuk mengambil masa renang..semua telah sedia.
4. Jangan tergoda nak racing dengan adik muda kat lane sebelah sebab paling kuat pun dia orang boleh sprint satu atau dua lap sahaja lepas tu emergency stop..tapi kita kena habiskan 20 lap..ingat kena berjimat dan berhemah dengan sumber tenaga..lagipun niat bukan nak menunjuk berenang laju tapi kena tahan stamina untuk jarak jauh.
5. Tetapkan teknik dan momentum freestyle secara berterusan sepanjang 2km seboleh-bolehnya dalam keadaan yang lebih selesa dan tidak kucar-kacir dari segi pergerakan tangan, kaki dan pernafasan.
6. Konsentrasi semasa berenang penting tanpa banyak gangguan dari persekitaran kolam renang terutamanya anak2 kecil yang bermain2 di laluan kita ataupun junior swimmer yang baru belajar share laluan yang sama..Sebab itu kena pilih timing yang cantik untuk buat renang jarak jauh iaitu semasa kurang pengunjung datang..baru fikiran rasa luas, puas dan bebas.
Kesimpulan :
Akhirnya kali pertama melakukan 2km dalam masa 48min..walaupun catatan masa kurang baik tetapi yang lebih penting adalah berjaya menamatkan 20 lap dalam keadaan tenaga yang masih berlebihan (tidak terlalu kepenatan).
InsyaAllah next session jarak 3km pula.. ...walaupun terasa longgar kepala lutut dan betis kebas lepas berenang 2km non stop. Saya Boleh !!
Pengajaran hari ini (27/1/2012) (8.00mlm-10mlm)
Target nak buat 3km tapi bila dah masuk 2.5km rasa give up pulak walaupun tenaga masih ada...semangat
kurang sedikit mungkin sebab hari ini bekerja dan kepala berserabut sikit. (Alasan...)
Pengajaran hari ini (29/1/2012) (9.00pg - 11.45pg)
1. Rekod baru hari ini dapat berenang 5.9km dalam masa 2jam12minit non stop.
Niat awal cuma nak buat 3km tapi disebabkan tenaga masih banyak lagi belum dibakar maka terus dan terus berenang sampai tiba-tiba Lifeguard tiup wisel sesi renang 9-11.45pg dah tamat...so berhentilah untuk memberi laluan kepada kerja2 penyelengaraan kolam.
2. Sikit lagi nak gi 6.5km, maksudnya kena kurangkan lagi time renang dengan menambahkan lagi kelajuan. Next target time ... 6.5km dalam 2jam15min InsyaAllah Aku Boleh !
3. Persiapan makan/tenaga sebelum turun kolam (2jam sebelum berenang)..Lumayan
a) 2 biji Telur Goreng 1/2 masak ( Sumber Protein )
b) 4 keping roti + kaya (Karbohidrat)
c) 1 cawan Quaker Oat (Serat dan Vitamin)
d) 1 cawan air kosong (H20) ha..ha
4. Lepas habis berenang rasa lemah semua sendi2 dan exhausted so cepat2 cari benda makan untuk recovery :-
a) 1pek cokelat Kit-Kat + 1pek kek bahulu (jumpa dalam kereta..agaknya dari kenduri kahwin mana2)
b) 1 botol mineral (1Liter)
c) Makan tengahari terus..baru rasa bertenaga kembali
d) 2 keping buah (Jambu batu dan betik)
e) Best recovery = "tertidur" macam baby sampai 3jam..bangun rasa fresh sikit.
Dalam keadaan badan lemah dan kekurangan air (walaupun berenang dalam air) tidak boleh dibiar lebih dari satu jam tanpa recovery ..bahaya boleh jadi pitam atau dehydration dan muntah2.
Satu kelebihan berenang dalam indoor swimming pool (Pusat Maritim) ialah airnya sejuk dan menyejukkan badan. Memberi keselesaan dan membakar lemak lebih banyak berbanding outdoor pool yang lebih suam airnya.
Pengajaran hari Ini (2/2/2012) (8.00pm-10.00pm)
1. Alhamdulilah target 3km dapat buat dalam 1jam20minit, not so good tapi maintain pace macam sebelumnya. Lagipun buat training hari bekerja tinggal separuh kudrat je yang tinggal.
2. Pool hari ini agak crowded, banyak kali accident dengan newbie dan anak2 trainee school.
3. Tenaga rasa masih banyak tapi session 2jam tak cukup untuk continue swimming, pukul 10.00pm dah berbunyi wisel tutup kolam, So balik rumah buat recovery energy dengan Sup Daging.
Pengajaran hari Ini (4/2/2012) (9.00am-11.45am)
1. Target nak buat 3km je tapi terbabas ke 4.7km dalam masa 1jam48minit, Alhamdulillah.
2. Pool tak ramai orang termasuk trainning school buat kelas jadinya boleh concentrate berenang.
3. Hari ini bekalan tenaga tak cukup lepas 1jam lebih berenang rasa mula slow bile sprint balik rasa tak cukup pickup nak pergi. Sarapan pagi :
a) Telur separuh masak = 3biji
b) Roti bakar +kaya = 2keping
c) 1 cawan Quaker Oat
...ingat nak beli nasi lemak untuk bekalan tenaga lebih tapi tak sempat...next time kena prepare awal sarapan !
4. Habis session pergi recovery kat warong makan, terus makan tengahari + 3 keping buah..Alhamdulillah rasa segar kembali tapi kalau masuk pool balik sure tenggelam.
Pengajaran hari Ini (7/2/2012) (12.30pm-3.45pm)
1. Dapat buat 4.1km dalam masa 1jam32min, Alhamdulillah. Hari ini tak buat target just maintain pace dan control teknik freestyle lebih konsisten sepanjang sessi.
2. Pool Pusat Maritim hari ini crowded sebab Selangor public holiday (Thaipussam), banyak kali accident dengan anak2 baru belajar swimming dan tak dapat fokus betul disebabkan kena emegency brek selalu.
3. Habis sessi buat recovery kat Nasi Briani Gam Dengkil
Pengajaran hari Ini (18/2/2012) (9.00am-11.45am)
1. Turun kolam dalam keadaan 75% fitness (mengalami batuk, selsema dan baru pulih dari cirit-birit).
2. Tujuan berenang adalah untuk menilai kemampuan fizikal dapat melakukan endurance pada keadaan kesihatan yang minimum.
3. Hasilnya dapat bertahan selama 76minit (1 jam 16minit). Alhamdulillah selepas recovery (makanan) tiada kesan berat pada selsema dan batuk...masih boleh bertahan lagi.
Pengajaran hari ini (21/2/2012) (8.00pm-9.45pm)
1. Dapat menumpukan perhatian kepada berenang selama 1jam dengan jarak 2.25km.
2. Berbincang dengan bro. Mohd Badzli (BenBaz) cadangan dan planning ke Marang Swimathon.
3. Balik swimming badan masih rasa fresh lagi tambahan cuaca luar sejuk apa lagi air kolam juga dingin membuat suasana renang tenang dan nyaman tetapi dengan pecutan penuh.
Pengajaran hari ini (24/2/2012) (8.00pm-9.45pm)
1. Berenang dalam keadaan perut penuh lepas makan malam kat Batu 3, SA. Kurang selesa masa berenang kerana makanan tak cukup hadam dan gas sedawa asyik nak keluar je.
2. 1st. time pakai swimcap (brand Speedo baru beli rega=RM29+).Mula2 rasa kurang selesa sebab 1st time tapi lama2 dah tak kisah lagi..cuma perbezaannya pakai silicone swimcap ni kepala jadi floating sikit sebab masa pakai ada air trap dalam swimcap. Bila tak pakai swimcap kepala sentiasa sejuk tapi bila dah pakai rasa panas sikit dan kurang selesa. Yang pasti swimcap mengurangkan drag/rintangan terhadap air jadi memang dapat rasa perbezaan kelajuan renang bertambah sedikit.
Pengajaran hari ini (29/2/2012) (8.00pm-9.45pm)
1. Pool agak crowd dengan newbie, banyak kali accident..
2. Badan kurang tenaga hari ini sebelah siang attend company Training kat PJ.
Rujukan saya sebelum turun kolam :
1. Nak tiru gaya freestyle rasa macam sesuai untuk menambah kelajuan renang.
Jono Van Hazel
2. Swimming in Rough and Choppy Water
3. Breathing Skills For Open Water Swimming
4. Sighting for Open Water Swimming
Semua teknik di atas berguna sebagai salah satu latihan semasa berenang di kolam.
Memang diketahui umum berenang boleh meningkatkan kesihatan tubuh badan kita.Selain dari itu banyak lagi manfaat yang boleh diperolehi dari aktiviti berenang.
Merujuk kepada diri sendiri walaupun cuma memulakan aktiviti berenang kira2 tiga tahun yang lalu,bila dikira hasil yang diperolehi selama ini tidak dapat saya nilaikan pulangannya selain kesyukuran kepada yang Maha Esa ditakdirkan "Pandai Berenang".
Kesan kepada anak2 :-
1) Tiga orang anak boleh menguasai renang freestyle & breaststroke.
2) Seorang anak dalam peringkat pembentukan dan latihan.
3) Menjadikan berenang rutin anak2 setiap minggu/cuti sekolah.
4) Mengawal dan memulihkan penyakit lelah anak2.
Kesan kepada diri sendiri :-
1. Menjadi satu disiplin & rutin minima 3x seminggu.
2. Menambah nilai kesihatan, kecergasan dan keyakinan diri.
3. Menambah daya berfikir,lebih kreatif, lebih innovatif di tempat kerja dan menjadi bos yang lebih efektif.
4. Bertambah keupayaan tenaga dalaman terutamanya.....(orang dah kahwin je tau)
5. Menjadi contoh "Keluarga Berenang" kepada adik-beradik,saudara-mara,jiran-tetangga dan komuniti taman perumahan.
Kesan kepada Rakan Pejabat, Saudara-Mara, Jiran Tetangga dan Komuniti Taman :-
1. Berkongsi pengalaman, minat dan melatih mereka yang berminat untuk berenang.
2. Mewujudkan kelab renang di tempat kerja dan melatih ahli kelab teknik berenang yang betul.
Banyak lagi manfaat yang akan kita perolehi sekiranya "Pandai Berenang" selain dari apa yang saya perolehi di atas.
Anda bagaimana ?
Tepuk dada..tanya IMAN.
dipetik dari penulisan dalam : https://www.facebook.com/notes/berenang-itu-best/pandai-berenang-satu-keuntungan-yang-tiada-nilaiannya/342247405794832
Pada malam 31hb. Dis.2011 8:00-10:00pm saya dan 2 orang anak telah berkunjung ke Pusat Akuatik Bukit Jalil untuk berenang dan membuat rakaman video latihan renang yang saya lakukan sendiri.
Bersama anak (Fahmi) yang sama-sama berenang
Kebetulan pula pada waktu itu tidak ramai pengunjung yang hadir mungkin disebabkan sibuk dengan malam sambutan Tahun Baru 2012 jadi memang kami bertiga sahaja akhirnya yang tinggal sehingga pukul 9:30pm bila pengunjung yang lain balik.
Kesempatan ini saya gunakan untuk membuat rakaman video yang boleh kita kong si bersama-sama.
1) Regangan Amat penting untuk melakukan regangan (stretching) sebelum memulakan aktiviti berenang. Tujuannya ialah untuk mengelakkan otot-otot badan menjadi kejang atau sakit semasa berenang, seperti engine kereta di awal pagi yang biasa kita panaskan dahulu sebelum keluar memandu.Demikian juga dengan badan kita sebelum berenang.
2) Kaedah Pernafasan
Menarik nafas di atas air melalui mulut dan hidung dengan secepat dan sepenuhnya kemudian masuk ke dalam air dengan mulut tertutup terus menghembus nafas melalui hidung secara semula jadi bukan dengan paksa.Tujuannya adalah untuk mendapatkan keselesaan dan menyimpan tenaga dari menghembus nafas secara paksa.
3) Kaedah Menyelam
Menyelam bagi mereka yang telah pandai berenang memang sesuatu yang menyeronokkan, lebih dalam dan lebih lama menyelam lebih tinggi lagi latihan dan cabarannya.
Bagaimanapun untuk mencapai sesuatu target itu kita perlu sentiasa dan berterusan berlatih melalui kaedah kawalan pernafasan yang betul dan teknik kawalan minda bagaimana berada pada paras bekalan udara yang sedikit ketika berada dibawah permukaan air.
4) Kaedah Apungan
Saya suka melakukan kaaedah apungan yang dipelbagaikan tidak terhad kepada satu kaedah sahaja kerana apa yang penting adalah untuk dapat bernafas dan bertahan ketika berada di tengah-tengah kawasan air atau laut.
Cuba bayangkan sekiranya tidak terdapat apa-apa objek atau benda untuk dipegang atau dipaut sebagai pelampung bagi menyelamatkan diri maka kita akan lemas juga akhirnya.
5) Kaedah Renang Sisi ( Side Stroke )
Salah satu kaedah renang yang santai dan dapat menjimatkan tenaga untuk di paktiskan selain daripada 4 jenis stroke yang telah popular sejak lama dulu.
Untuk melakukan renang sisi pada peringkat awalnya adalah agak susah dilakukan kerana ianya memerlukan kombinasi tangan kaki dan badan yang berkesan barulah ianya boleh berjaya dilakukan.
6) Kaedah Renang Penyelamatan Mangsa
Ini adalah kombinasi renang sisi mengunakan sebelah tangan dan sebelah lagi membawa/memegang mangsa untuk dibawa ke tempat selamat. Kaedah ini agak sukar dan menggunakan banyak tenaga, tetap sekiranya selalu di buat latihan ianya akan menjadi mudah dan berjaya dilakukan.
7) Membina Skill dan Stamina Jarak Jauh
Adalah seronok dan mengujakan untuk dapat berenang jarak jauh dalam keadaan yang selamat dan menjimatkan tenaga. Skill ini dapat dibina dengan kombinasi stroke yang betul dan persiapan mental yang tinggi barulah kita dapat melakukannnya dengan jaya.
8) Bapa Borek Anak Rintik
Bila sang bapa masyuk dengan berenang anakpun jadi mabuk berenang. Sebahagian video dari skill yang dibina bersama-sama dalam sesi latihan kami.
Fahmi dengan Gaya bebas (Freestyle)..masih banyak ruang utk improvement
Fahmi dengan gaya Kuak Dada (Breaststroke)..belum cukup sempurna
Farhan dengan gaya Bebas (Freestyle)..banyak improvement
Farhan dengan gaya kuak Dada (Breaststroke)..juga perlu lebih improvement
p/s: semua video ini dirakamkan oleh Farhan, Fahmi dan Sazali secara berganti-ganti menggunakan camera Panasonic Lumic DMC-FT3
Port Dickson awal Disember 2011, saya berenang di laut beberapa kali seorang diri dalam jarak renang lebih kurang 1km.
Pada tahun ini air pantai begitu tenang, jernih, pasang waktu pagi dan surut tengahari, jadi saya ambil sedikit masa berenang di waktu pagi dan lewat petang.
Sesi kali ini saya memberi penerangan kepada officemate yang juga "Geng Renang" tempat kerja yang tubuhkan lebih kurang 6 bulan lalu bagaimana teknik berenang di laut berbeza dengan kolam renang.
1) Laut tiada garisan lurus sebagai rujukan
Paling ketara perbezaannya adalah lautan tiada garisan untuk memandu arah lurus ketika berenang.
Tanpa teknik berenang yang betul anda mungkin akan berpusing-pusing ditempat yang sama tanpa disedari.
2) Pening dilambung ombak
Seperkara lagi adalah ombak kecil dan besar yang akan menjadi rintangan ketika berenang menjadikan kita rasa pening lalat bila dilambung ombak tersebut lebih-lebih lagi di kawasan pinggir pantai. Hanya latihan renang di laut yang kerap sahaja yang dapat menghilangkan rasa pening tersebut.
3) Dasar laut yang kelam dan gelap
Apa yang dapat di lihat di dasar air laut adalah pasir, lumpur ataupun batu karang yang terbentang luas.
Pemandangan biasa dilihat dalam kolam renang seperti batu mamar putih yang cantik bertukar menjadi pemandangan kelam dan gelap di dasar laut. Secara psikologi hati anda akan bertukar menjadi "kecut" dan silap hari boleh menjadi panik.
Bagaimana untuk melatih pemikiran kita agar dapat menerima semua yang kelam dan gelap itu menjadi sesuatu yang positif dan diterima otak kita dengan tenang. Jawapannya tidak lain dari latihan dan manipulasi pemikiran supaya sentiasa berfikir positif.
Satu lagi cara yang saya amalkan adalah berzikir dalam hati semasa berenang kerana ianya dapat menenangkan jiwa dan perasaan kita dari berfikir perkara yang bukan-bukan, tambahan lagi hanya Allah sahaja tempat kita bergantung dan meminta pertolongan.
4) Mudah terapung di permukaan laut
Satu kelebihan berenang di lautan adalah badan kita mudah terapung tanpa perlu bersusah payah mengerakkan kaki dan tangan membuat kuakan air seperti di dalam kolam walau bagaimanapun cara apungan yang betul elok dilatih dari kolam dahulu untuk lebih berkesan ketika di laut.
5) Manfaat latihan renang di kolam
Latihan renang di kolam dapat dilakukan sebagai rutin untuk membina ketahanan fizikal dan stamina di samping mendapatkan teknik stroke yang tepat dan berkesan.
Apabila kita berenang di laut, skill dan stamina yang kita bina di kolam akan membantu secara langsung berhadapan dengan pelbagai cabaran di lautan.
Latihan renang bersama Hakim dan Fahmi (anak)
6) Latihan pendek tapi berkesan
Kami mempraktikkan kaedah berenang lurus ke arah sesuatu tempat yang hendak dituju berpandukan rujukan kepada objek sekeliling yang dapat dilihat seperti pokok-pokok, kapal ataupun apa-apa yang berdiri tetap di pantai dapat dilihat semasa berenang.
Pada masa yang sama juga kami mempraktikkan kaedah apungan yang mudah secara menegak ataupun menelentang kerana kelebihan air laut yang lebih tumpat dari jisim badan akan sentiasa memudahkan kita terapung walaupun dengan sedikit usaha gerakkan kaki dan tangan.
Kesimpulannya,
..dek kerana keadaan laut tenang tanpa ombak besar, sesi renang kali ini kurang thrill dan mencabar walau bagaimanapun tetap menyeronokkan.
Adalah tidak merugikan sekiranya kita membuat sedikit penyelidikan dan mendapatkan informasi yang tepat berkenaan cuaca sesuatu destinasi yang ingin ditujui pada tarikh yang dirancang supaya nikmat dan keseronokan bercuti tidak terbantut disebabkan perubahan cuaca sesuatu tempat.
Musim Tengkujuh (Angin Monsun Timur Laut)
Tempoh : Awal November hingga Mac
Keadaan :
i) Pantai Barat - Tiada kesan
ii)Pantai Timur - Hujan Lebat, Angin Kencang dan banjir di Kelantan Trengganu dan Pahang
- Laut bergelora (tidak sesuai untuk aktiviti perikanan dan pesisir pantai)
Angin Monsun Timur Laut bertiup ke arah Pantai Timur Semenanjung Malaysia
Angin Sumatera
Tempoh : April hingga Mei
Keadaan :
i) Pantai Barat - hujan lebat, disertai kilat, guruh dan ribut yang mencapai kelajuan sehingga 80 km/jam (Pelabuhan Klang hingga pantai barat Johor)
ii) Pantai Timur - Tiada kesan
Musim Barat (Angin Monsun Barat Daya)
Tempoh : Mei hingga September
Keadaan :
i) Pantai Barat - Kurang Hujan
ii)Pantai Timur - Tiada kesan
Angin Monsun Barat Daya bertiup ke arah Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kesan angin kurang dirasa disebabkan halangan Pulau Sumatera Indonesia.
Suhu Permukaan Laut Selat Melaka
Januari - Februari secara amnya sejuk(28.0°C)
April – Julai Paling panas (31.0°C).
Bulan-bulan lain adalah sederhana
Suhu Permukaan Laut Pantai Timur
April – Mei paling panas melebihi 30°C
Sept – Okt 29°C
Nov - Mac (Musim Tengkujuh) 27–28°C
Musim Hujan
i) Kawasan pantai barat semenanjung dan sekitar Selat Melaka :-
hujan maksimum dua kali setahun iaitu pada pada Oktober-November dan April-Mei,
ii) Kawasan pantai timur mengalami musim hujan pada bulan November-Mac.
Saya sedang belajar berenang.saya mempunyai masalah iaitu bahu saya agak keras menurut jurulatih saya. saya juga telah melakukan senaman yang disarankan iaitu menyelam dan bangun semula namun tetap tidak berjaya.ada cara lain yang tuan boleh kongsikan dengan saya?
Jawapan dan pandangan saya..
Sebenarnya saya sendiripun tidak pernah terfikir masalah bahu keras atau lembut semasa berenang.
Bagi saya amat mudah sekiranya saudara dapat menghubungkan apakah kesan dari keadaan tersebut pada gerakan renang saudara. Adakah ?
1. Pegerakan renang perlahan atau
2. Badan sentiasa tenggelam atau
3. Cepat menjadi penat dalam jarak renang yang pendek ataupun
4. Tiada apa-apa kesan pada keadaan renang.
Dari segi teorinya keadaan badan yang stress ataupun keras akan menyebabkan bahagian tersebut mudah tenggelam dan kurang lancar bergerak dan mungkin menyebabkan stroke tidak seimbangan atau janggal.
Latihan berdiri statik di tepi kolam dengan membuat stroke tangan dalam air (Freestyle) dalam keadaan badan membongkok sambil tangan mencedok dan mengayun ke belakang mungkin dapat membantu saudara merasai kelembutan ataupun kekerasan bahu apabila selalu dilakukan.
Satu kaedah saya amalkan adalah memberi diri sendiri masa untuk mahir dan bukan meletakkan satu tempoh tertentu untuk mencapai sesuatu tahap kerana yang penting adalah kita enjoy berenang dan beterusan. InsyaAllah dengan kesabaran dan kesungguhan saudara menjalani latihan renang samada bersama jurulatih ataupun secara bersendirian, saudara akan memperolehi apapun yang dihajati satu masa nanti.
Pada 4 dan 5 hb. Disember lepas saya berkesempatan berenang di pinggir pantai Air Papan, Teluk Godek, Mersing Johor. Memang amat mengujakan bila dapat mengharungi ombak besar berenang ke tengah lautan luas seorang diri sambil diperhatikan anak-anak yang bermain di gigi pantai.
Papan tanda simpang masuk ke pantai Air Papan dari Jalan Mersing - Kuantan
Atas : Pemandangan kiri dan kanan kawasan pantai
Bawah : Anak dan anak saudara bermain ombak di gigi air
Lokasi pantai ini lebih kurang 11km dari bandar Mersing, yang mana kebetulan dalam hari yang sama saya menghadiri majlis perkahwinan anak saudara di Kg. Tenglu yang jaraknya cuma 6.5km dari pantai.
Pada bulan Oktober hingga Mac keadaan laut Cina Selatan bergelora menyebabkan ombak besar dan air laut lebih keroh dari biasa iaitu biru, jernih dan tenang. Walau keadaan cuaca pada masa itu kurang sesuai untuk berenang saya tetap meredahnya untuk merasakan cabaran yang tidak dapat diperolehi dari kolam renang awam.
Hari pertama - Air pasang petang dengan ombak besar setinggi lebih kurang 2m
Saya berenang lebih kurang 1/2 jam di pinggir pantai dari pukul 6.00ptg hingga 6.30ptg. Memang sangat-sangat thrill dan enjoy habis dilambung ombak dan menyusur ombak.
Hari kedua - Air agak tenang dengan ombak kecil setinggi 1m
Hari yang kedua di pantai Air Papan saya menghabiskan masa berenang dari pukul 10pagi hingga 12 tengahari dalam keadaan cuaca yang redup dan nyaman...taklah kulit sunburn
SubhanAllah begitu indah dan damainya suasana percutian saya dan keluarga pada kali ini.
Satu perkara yang menarik minat saya adalah adanya menara Penyelamat Pantai JPA dengan kakitangan yang berkhemah dan terlatih sentiasa meronda dan memerhati keadaan keselamatan pengunjung pantai.
Kiri - Menara Kawalan di tepi pantai
Kanan - Pejabat pentadbiran JPA di belakang menara
Kemudahan awam seperti tandas dan bilik mandi ada disediakan dengan bayaran RM1. Caj untuk parking sekali masuk kawasan ini adalah RM4 sepanjang minggu..mungkin agak mahal juga.
Kiri - Gerai menjual cenderahati
Kanan - Gerai makan
Kesimpulannya,
Amat berpuas hati dan kami sekeluarga seronok berada di Pantai Air Papan, sekiranya di izinkan Allah mungkin lepas ni menyeberang ke Pulau Tioman yang terletak 2km perjalanan dari jeti Mersing melalui perkhidmatan bot.
Mungkin anda pernah menonton siri tv "Baywatch" tak lama dulu yang memaparkan cerita berkenaan penyelamatan dan penjagaan kecemasan di pinggir pantai Los Angeles, California USA.
Bezanya di kolam awam mahupun pantai di Malaysia, penyelamat kita memakai pakaian yang lebih sopan dan tidak menjolok mata. Bagaimanapun tanggung jawab mereka tetap sama walau di manapun mereka berada.
Penyelamat mempunyai kemahiran yang tinggi dan tanggungjawab yang mencabar iaitu untuk menjaga, mencegah dan menyelamat nyawa. Kemahiran-kemahiran mereka adalah seperti :-
- Bagaimana mengenal pasti bahaya yang mendatang
- Bagaimana mengenal kemalangan
- Bagaimana untuk menguruskan kemalangan dengan kemahiran
- Bagaimana untuk memikirkan secara kritikal akibat daripada situasi yang mendatang
- Bagaimana melindungi keselamatan individu dan kebaikan perilaku
- Bagaimana menjadi seorang yang professional
Salah satu video kaedah penyelamatan oleh Lifeguard
Kelayakan asas untuk menjadi penyelamat :
1. Minat
2. Kesungguhan
3. Kebolehan berenang [sebarang gaya] sejauh 100 meter di bawah 3.30 minit
4. Menghadiri kursus latihan yang disediakan dari Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [PPKM] sebagai satu organisasi yang dipercayai untuk Menyelamat Kelemasan di Malaysia dengan bergabung di bawah Persekutuan Menyelamat Kelemasan Antarabangsa [ILS – International Life Saving Federation]
5. Menduduki Ujian Teori dan Praktikal
Terdapat beberapa individu dan syarikat yang bertauliah untuk menyediakan skim latihan dan persijilan Penyelamat Kelemasan Malaysia (sila semak pada bahagian Kelas Renang Persendirian)
SILIBUS PENYELAMAT KELEMASAN
PENGENALAN
1.1. Penerangan atas menyelamat kelemasan
1.2. Asas program latihan dan proses penilaian kemahiran
1.3. Badan organisasi
1.4. Penerangan statistik kelemasan
SPESIFIK – TERHADAP ALAM SEKITAR
2.1. Kualiti air
2.2. Pergerakan air [semulajadi dan buatan contoh arus, ombak, mesin ombak, keadaan air yang bahaya]
2.3. Tumbuhan dan binatang
2.4. Bahaya semulajadi [tebing, pasir jerlus dll]
2.5. Buatan manusia
PENGURUSAN OPERASI
3.1. Pencegahan kemalangan
3.2. Perlaksanaan sistem isyarat dan bendera
3.3. Komunikasi dan perhubungan dengan perkhidmatan bantuan kecemasan
PENYELAMATAN NYAWA
4.1. Pengetahuan peribadi dalam pemahaman kemahiran dan keperluan
4.2. Pengetahuan terhadap sistem keselamatan
4.3. Sikap peribadi
4.4. Perhatian kepada peraturan dan laporan
PENYELAMATAN MANGSA DI DALAM AIR
5.1. Mengenalpasti keadaan kemalangan, jenis kecederaan dan tempat
5.2. Komunikasi dan perhubungan dengan perkhidmatan bantuan kecemasan
5.3. Cara-cara penyelamatan dan senggara seperti :-
5.3.1. Penyelamatan dari darat
- Tempat selamat untuk aksi hulur dan baling alatan menyelamat
5.3.2. Penyelamatan dari air
- Tempat selamat untuk aksi masuk, cecah/renang dan tunda dengan atau tanpa alatan menyelamat dan menghadapi mangsa dan renang/tunda dengan atau tanpa alatan menyelamat dengan aksi pelepasan .
5.4. Pemulihan mangsa dan mengusung ke tempat selamat
5.5. Teknik mencara dan menyelamat di bawah air
5.6. Mengenalpasti situasi kemalangan yang memerlukan teknik dan peralatan khas seperti pengurusan ke atas kecederaan spinal cord
5.7. Laporan dan rekod
5.8. Pengetahuan dan kefahaman atas peralatan penyelamatan seperti di dalam pelan kecemasan
KEMAHIRAN PERUBATAN
6.1. Pengetahuan dan pengendalian yang betul terhadap perubatan kecemasan termasuk CPR dan Pengurusan Spinal
6.2. Pengetahuan dan pengendalian peralatan perubatan kecemasan
6.3. Pengetahuan terhadap peraturan-peraturan tertentu yang berkaitan
6.4. Komunikasi dan perhubungan dengan perkhidmatan bantuan kecemasan dalam penghantaran mangsa
SILIBUS KEMAHIRAN
KESELAMATAN DI AIR & PENILAIAN SITUASI
7.1.1. Menjawab 6 soalan atas Keselamatan Di Air dan Prinsip & Kaedah Penyelamatan
7.1.2. Pemeriksa akan menyediakan situasi terbuka kecemasan di air. Calun dikehendaki tindakan yang perlu dilakukan.
7.1.3. Soalan keseluruhan kursus seperti berikut
PERALATAN KECEMASAN
7.2.1. Pemulihan Pernafasan
: Kejayaan atas ujian pemulihan pernafasan
7.3.1. Penyelamatan Hulur [Reach Rescue]
* Dalam situasi mangsa tergelincir dan jatuh di dalam air daripada tepi sedalam 2 meter.
: Dengan menggunakan alatan seperti pakaian, demokan secara hulur dan memberitahu bagaimana untuk memanjat keluar daripada tebing
7.3.2. Penyelamatan Membaling [Throw Rescue]
* Mangsa menghadapi kesusahan di dalam air yang dalam berada sejauh 10 meter dari tebing.
: Demokan penyelamatan membaling dengan menggunakan tali dan menyelamatkan mangsa dalam situasi yang selamat
: Ketetapan masa adalah satu minit bermula dengan tali yang tidak terurus diletakkan di atas lantai dan berakhir dengan tali sampai kepada mangsa di dalam air.
7.3.3. Penundaan Silang Dada [Cross Chest]
* Dalam pakaian penuh, masuk dalam air cetek dan berenang 20 meter kearah mangsa
: Demokan aksi Reverse dan calm – reassure – dan ambil mangsa daripada belakang. Tunda mangsa balik dengan menggunakan Tunda Silang Dada [Cross Chest] dan membantu mangsa ke daratan
7.3.4. Penundaan Guna Alat [Towing with Aid]
* Mangsa yang sedar di dalam kesusahan di air dalam sejauh 50 meter. Hanya peralatan tanpa apungan sahaja yang ada
: Dengan menggunakan alatan tersebut, masuk air, berenang 50 meter ke arah mangsa dan tunda mangsa balik dengan masa :
A] Lelaki : 3 minit
B] Perempuan : 3 minit 15 saat
7.3.5. Penyelamatan Bercampur [Combined Rescue]
: Masuk air cetek dan berenang sejauh 20 meter. Selam dan mencari di bawah air sejauh 5 meter untuk membawa naik objek seberat 4 kg di kedalaman 1.8 meter
: Semasa pencarian tersebut, demokan aksi kaki dulu dan kepala dulu semasa menyelam [surface dive]
: Tukarkan objek tadi dengan mangsa yang di anggap tidak sedar dan tidak bernafas
: Tunda ke tepian yang terdekat dengan ampu di air dalam [support in deep water]
: Demokan penyelamatan mulut ke mulut [EAR] sebanyak 3 pusingan
: Tunda ke air cetek dan sambung EAR sejauh 5 meter
: Daratkan mangsa dan letakkan di dalam Posisi Pemulihan [Recovery Position].
7.3.6. Kesusahan [Difficulties]
* Mangsa di dalam kesusahan di air dalam, 50 meter daripada tepian. Tiada alat bantuan di sekitar
: Masuk air dengan aksi Straddle Jump
: Renang 50 meter kearah mangsa
: Demokan aksi halangan dan menyelamat dengan Tunda Dagu [Chin Tow] sejauh 50 meter
: Masukkan demo mengurus mangsa mengelupur [double restraints]
: Di penghujung tundaan, ampu mangsa dan dengan isyarat Pemeriksa, bantu mangsa daratkan ditempat dalam.
7.3.7. Pelepasan [Releases]
: Demokan aksi yang berkemungkinan terjadi di dalam kolam renang yang sesak
: Demokan 3 jenis pelepasan seperti yang diarahkan oleh Pemeriksa diikuti dengan 3 teknik tundaan sejauh 25 meter
p/s : sebahagian rencana di atas dipetik dari laman http://heimswim.blogspot.com Beberapa Nota berguna berkenaan Lifeguard :