Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Kepada pengunjung muslim diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada 30hb.Ogos 2011.
Semoga bulan Ramadan yang dilalui menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa kepada Allah swt.

Selamat pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing dan selamat kembali ke rumah anda.
Pandulah kenderaan dengan kesabaran dan keimanan, semoga anda selamat sampai ke destinasi yang dituju. Amin.

Sunday 28 August 2011

Cara Download File dan Video Dari Filesonic.com

Sebagai panduan untuk muat turun ebook ataupun video file yang terdapat dalam blog ini sila tonton video Youtube yang berikut :-

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk muat turun dari filesonic.com

Pecutan Gaya Bebas Roland_Schoeman

Sekiranya anda ingin merasai kelajuan berenang gaya bebas, Roland_Shoeman adalah orang yang pakar dalam bidang ini. Saksikanlah dan pelajarilah bagaimana beliau melakukan latihan yang intensif dalam video ini.

338Mb (46.55min.) 
Video: Avi 352x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 96kbps



Saturday 27 August 2011

Renang Santai / Rekreasi

Renang rekreasi dianggap oleh banyak orang sebagai cara melegakan diri serta senaman penuh badan yang baik. Banyak gaya renang adalah sesuai untuk renang rekreasi.

Kebanyakan perenang rekreasi lebih menyukai gaya yang mengekalkan kepala mereka di atas permukaan air, dengan pemulihan lengan di bawah air.

Kuak dada,  Kuak sisi, dan 'Kuak anjing mengayuh' merupakan gaya yang paling biasa digunakan dalam renang rekreasi, tetapi pemulihan lengan di luar air dalam gaya bebas atau gaya rama-rama membekalkan kelebihan yang diberikan oleh perbezaan rintangan antara udara dengan air.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Renang)

Beberapa contoh video renang santai yang anda boleh pelajari.

26.8Mb 
Video: Avi 640x352 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 123kbps



6.98Mb
Video: Avi 624x352 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 127kbps



Pernafasan dalam Berenang

Satu perkara yang paling penting dalam renang iaitu bernafas semasa berenang merupakan faktor kejayaan seseorang untuk melangkah ke tahap yang seterusnya sebelum bermula mana-mana kuak yang umum ( Breaststroke, Freestyle, Backstroke atau Butterfly stroke ).Video yang berikut boleh menjadi panduan bagaimana kita belajar bernafas semasa berenang.

 413Mb
Video: Avi 320x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 128kbps


Nothing is more essential to a swimmer than air. Yet few swimmers truly understand how to breathe efficiently. Not just to get air, but to integrate breathing seamlessly with the stroke. Breathing is sometimes viewed as a liability or inconvenience, but when you do it right, breathing can actually make your stroke better. This DVD shows you how.

Contents:

Introduction – Learn the two key skills of breathing: (1) Head-Spine Alignment and (2) Breathing with body movement.

Water Bowl Exercises – Invaluable if you’ve never been comfortable in water. Useful for understanding subtleties you probably missed before, if you’re already a skilled swimmer.

Shallow Water Exercises – Separate critical breathing skills from stroking. Rehearse them in simple ways. Breathe more efficiently as a result.

Breathing Skills in Drills - A simple breathing technique that helps you drill better. And an advanced breathing technique that helps you transition from drill to swim better.

Whole Stroke Breathing Skills – A detailed study with focal points for practice of breathing technique for Freestyle, Breaststroke and Butterfly.


Kelebihan Berenang

Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu BERENANG dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Hadis Riwayat Ahmad

Kenapa Rasulullah anjurkan supaya ajar anak berenang?

Tentulah hikmah dan manfaatnya sangat baik kan..

Antara fakta yang diketahui dan ingin dikongsikan bersama, berenang merupakan olahraga tanpa gaya graviti bumi (non weight barring). Ia adalah salah satu jenis olahraga yang mampu meningkatkan kesihatan seseorang yang jg merupakan olahraga yang paling dianjurkan bagi mereka yang kelebihan berat badan (obesiti), ibu hamil dan penderita gangguan persendian tulang atau arthritis. Berenang memiliki banyak manfaat yang dapat dirasakan apabila kita melakukannya secara betul dan jadikan senaman itu sebagai rutin, antaranya ialah :

1. Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru



Gerakan mendorong dan menendang air dengan anggota tubuh terutama tangan dan kaki, dapat memacu aliran darah ke jantung, pembuluh darah, dan paru-paru.Berenang juga dapat dikategorikan sebagai latihan aerobik dalam air.

2. Melatih pernafasan

Sangat dianjurkan bagi orang yg terkena penyakit asma untuk berenang kerana sistem cardiovaskular dan pernafasan dapat menjadi kuat. Pernafasan kita menjadi lebih sihat, lancar, dan pernafasan menjadi lebih panjang.

3. Membentuk otot

Ketika berenang, kita menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot pada tubuh,dari kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang, anggota gerak bawah, dan telapak kaki. Saat bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan energi atau tenaga yang lebih besar kerana harus ‘melawan’ air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot-otot tubuh.

4. Membakar kalori lebih banyak

Saat berenang, tubuh akan terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan pun menjadi lebih tinggi, sehingga dapat secara efektif membakar sekitar 24% kalori tubuh. Ada fakta mengatakan berenang membakar lebih banyak kalori daripada berjogging.

5. Self safety
Keratan Akhbar Harian Metro 2/9/11

 Sumber dari Arkib Harian Metro
Dah pandai berenang, tentulah kita tidak perlu risau apabila berhadapan situasi cemas seperti jatuh ke laut dll

6. Menghilangkan tekanan perasaan

Secara psikologi, berenang juga dapat membuatkan hati dan fikiran lebih relaks. Gerakan berenang yang dilakukan dengan santai dan perlahan, mampu meningkatkan hormon endorfin dalam otak. Suasana hati jadi sejuk, fikiran pun jadi tenang.

p/s: sumber asal dari
http://acusrikandi.blogspot.com/2010/04/jom-amalkan-sunnah-nabi-dengan-berenang.html

Renang Kuak Lentang Aaron_Peirsol (Backstroke)

Kuak Lentang berbeza daripada stroke yang lain kerana anda tidak dapat melihat ke arah hadapan tempat yang dituju.Cuba berenang dengan badan hampir pada permukaan air seolah-olah anda sedang berbaring di atas tilam beralaskan bantal.

Panduan untuk mendapat kelajuan tinggi pada kuak lentang

328Mb 
Video: Avi 352x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 96kbps





Friday 26 August 2011

Renang Kuak Kupu-Kupu (Butterfly Stroke)

Ini adalah asas renang kuak kupu-kupu yang diajarkan oleh Guru Terry Laughlin pengasas Total Immersion Swimming. Kaedah yang ditunjukkan sesuai bukan sahaja untuk remaja tetapi untuk golongan 40an juga.

313Mb
Video: Avi 352x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 96kbps


Cara Micheal_Phelps berlatih kuak kupu-kupu boleh diikuti melalui video dibawah ini.



 382Mb
 Video: Avi 720x480 30fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 128kbps

Renang Gaya Bebas Ian_Thorpe (Freestyle)

Sedutan dari video renang gaya bebas bekas juara dunia Ian Thorpe. Cara berenang beliau yang dikatakan natural blend dalam air kolam renang.

 
63Mb 
Video: Avi 720x400 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 127kbps



Thursday 25 August 2011

Renang Kuak Dada (Breaststroke)

Anda boleh menjadikan video yang berikut sebagai cikgu dan panduan sebelum anda turun ke kolam renang. Jangan jemu untuk menonton video ini berulang-ulang kali sehingga anda dapat melakukan stroke seperti yang ditunjukkan dalam video.

1. Kuak Dada (Brendan_Hansen)


334Mb
Video: Avi 352x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 96kbps




2. Kuak Dada (Ed_Moses)


Video: DivX 5 720x480 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 192kbps


3. Kuak Dada (Jimmy_DShea)
   
Online Streaming
Video: Flash Video 1 320x240 [Video]
Audio: MPEG Audio Layer 3 22050Hz mono 8kbps [Audio]

4. Kuak Dada (Olympics Games)

Video: Avi 656x368 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 132kbps


Wednesday 24 August 2011

Pengenalan Kepada Jenis Renang

Mengenali jenis-jenis stroke berenang yang popular dan dipertandingkan di peringkat kebangsaan, olimpik dan dunia. Terdapat 4 jenis stroke :-

1. Kuak Gaya Bebas ( Freestyle / Front Crawl )
Gaya bebas merupakan stroke yang paling laju dan memberi anda perassan penguasaan air secara sepenuhnya. Ada sebahagian tempat memanggil nama Front Crawl stroke.

2. Kuak Dada ( Breaststroke )
Kuak dada merupakan stroke tradisi yang popular bagi perenang yang inginkan fitness walaupun pergerakan kuak dada agak perlahan tetapi ianya disukai kebanyakan lelaki mahupun wanita.

3. Kuak Lentang ( Backstroke )

Kuak Lentang berbeza daripada stroke yang lain kerana anda tidak dapat melihat ke arah hadapan tempat yang dituju.Cuba berenang dengan badan hampir pada permukaan air seolah-olah anda sedang berbaring di atas tilam beralaskan bantal.

4. Kuak Kupu-Kupu ( Butterfly Stroke )
Kuak Kupu-Kupu memerlukan teknik yang betul dan stamina yang tinggi tetapi pergerakkan badan tidak begitu susah sekiranya anda telah banyak melakukan stroke yang lain sebelum ini.

Secara keseluruhannya saya mencadangkan agar anda memilih dahulu dua stroke yang lebih mudah dipelajari iaitu Freestyle dan Breaststroke.Anda boleh berlatih kedua-dua dalam satu sesi tetapi buatlah setiap stroke tersebut dalam masa yang berlainan dan tidak mencampur adukkan kedua-dua stroke tersebut sekaligus.

p/s: dipetik dari sumber asal http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/other_sports/swimming/4227472.stm

Anak Murid Yang Gigih

Salah seorang anak saudara yang mempunyai sama minat iaitu berenang. Dengan sedikit panduan dan comment memperbetulkan stroke freestyle beliau, dalam masa sebulan beliau dapat menguasai gaya freestyle dengan berkesan dan penuh gaya. Kesimpulannya Di mana ada Keinginan Di Situ Ada Kejayaan.


Tuesday 23 August 2011

Mari-Mari Kita Mula Belajar Berenang

Bumi kita dilitupi oleh hampir 75% air. Dengan jumlah air sebanyak itu, bagaimana kita hendak mengelak dari persekitaran air Paling tidak pun pasti kita akan terjumpa sungai dan laut, terutama di Malaysia yang dikurniakan banyak pulau-pulau dan sungai-sungai yang menarik.

Sebenarnya, kita tidak patut mengelak dari persekitaran ini, sebaliknya cuba untuk menyelami persekitaran. Macam orang kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau..mengaum.

Bagi anda yang memilih untuk membaca artikel ini, saya percaya, anda sebenarnya sangat berkeinginan untuk bergerak bebas, berenang-renang dalam air, tak kisahlah di kolam renang, sungai atau pun laut.
Anda telah membuat satu keputusan yang baik dengan membaca artikel ini. Teruskan membaca ye.

Saya juga percaya kebanyakan pembaca artikel ini berkemungkinan besar dewasa. Bagus kerana memang saya nak kongsi pengalaman dengan orang dewasa, terutama yang berumur lewat 20-an ke atas.

Kebanyakan kita tak berpeluang untuk didedahkan dengan persekitaran air yang selamat seperti kolam renang masa zaman kita kecil dulu. Boleh dikatakan dulu (80an & 90an) sukan renang merupakan sukan golongan elit, status mungkin hampir sama dengan sukan golf.

Pada masa tersebut pun tidak banyak disediakan kemudahan kolam renang awam. Kebanyakannya kolam  renang persendirian dengan bayaran keahlian dikenakan. Rasanya peluang kita untuk ber’jumpa’ air pun mungkin datang kalau keluarga kita pergi berkelah kat sungai atau laut.

Jadi kalau sekarang ini anda ada masalah takutkan air, bukan satu kesalahan besar pun. Cumanya sekarang ini disebabkan ada lebih banyak lagi kemudahan kolam renang untuk awam, mungkin inilah masa yang sesuai untuk anda ‘explore’ . Ingat, tidak pernah terlewat untuk kita belajar renang (atau apapun), cuma bila anda dah dapat ‘seru’ semasa memutuskan untuk baca buku ini, baik anda mulakan SEKARANG JUGA!

Sila muat turun disini keseluruhan artikel ini.
p/s: Artikel ini diperoleh dari www.aquadolf.com ataupun anda boleh mengikuti perbincangan di www.facebook.com/berenangitubest

Applikasi Renang Gaya Bebas 3D

Terdapat aplikasi renang didalam bentuk 3D yang boleh anda lihat,pelajari dan ikuti.


Anda boleh muat turun disini aplikasi percuma Renang Gaya Bebas 3D dan install di dalam pc anda.
Untuk keterangan lanjut sila layari  http://www.swimsmooth.com/#console_signup

Kisah Juara Renang Olimpik Micheal Phelps


Seorang perenang Olimpik yang telah memenangi sekaligus 8 pingat emas dan memecahkan 7 catatan masa terbaik olimpik.
 Kisah hidup beliau yang telah dijadikan buku sila muat turun.


Salah satu daripada video renang 200m Gaya bebas sukan Olimpik Beijing 2008 sila muat turun.

Saturday 20 August 2011

Renang Gaya Bebas Cara Mudah (Easy Freestyle)

Disini saya kongsi bersama video yang memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakukan renang gaya bebas dari mula hingga akhirnya anda mampu berenang dengan skill yang baik. Video ini terbahagi kepada beberapa sesi latihan gaya bebas iaitu :-

Bab 1 : Terapung di dalam air - Berkerjasama dengan kuasa Gravity - Meluncur bagai Superman - Kayuhan kaki Superman - Meluncur ke hadapan - Keseimbangan badan (pusingan badan yang efektif)

Bab 2 :  Laluan yang paling rendah rintangan air - Keseimbangan dan kelurusan badan - Pengenalan posisi skating - Bernafas dalam posisi skating

Bab 3 : Berenang menggunakan badan anda

Bab 4 : Pergerakan kekal tenaga pendorong

Bab 5 : Juruskan Tenaga Anda

Bab 6 : Pernafasan yang sempurna


Video Latihan Renang Gaya Bebas (format MP4, saiz = 375Mb)

Buku panduan Latihan Renang Gaya Bebas (format pdf, saiz = 1.29Mb)

- Secara peribadi, saya katakan ini adalah video yang terbaik untuk belajar asas berenang gaya bebas 

- Saya berulang kali mengulangkaji video ini sebelum turun ke kolam renang dan cuba praktikkannya secara berperingkat-pringkat sehinggalah dapat menguasai dan merasai pergerakan tersebut.

- Penerangan teknik gaya bebas secara terperinci boleh dilayari di :-
 http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/other_sports/swimming/4227472.stm 

Selamat berusaha hingga berjaya...

Friday 19 August 2011

Informasi Tentang Pakaian Renang

Standard pakaian kebanyakan kolam renang awam atau swasta seperti berikut :-
* Swimming cap wajib bagi kolam renang UITM

Pakaian renang boleh dibeli terus dari Shopping Complex bahagian sukan seperti Parkson, Sogo, Carrefour dsb. Antara jenama popular dan berkualiti adalah Arena, Ogival, Speedo, Schwarzenbach dsb.


Sebahagian pusat kolam renang ada menjual ataupun menyewakan pakaian renang kepada pengunjung seperti :-

1. Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) Shah Alam - bersebelahan TESCO Shah Alam
2. Pusat Akuatik Precint 6 Putrajaya - bersebelah hotel Pullman dan Pusat Maritim

Pakaian renang muslimah
Pakaian mandi wanita yang sopan dan menutup aurat pada masa kini banyak boleh diperolehi samada dari butik pakaian ataupun yang berjenama seperti di atas melalui kompleks beli belah ataupun boleh juga dibeli secara online.
sumber dari http://bajurenang.com/index.php
 Keterangan lanjut boleh diperolehi dari link yang berikut :-

1. Swimsuit.com.my 
2. Bajurenang.com
3. Prosun.com.my
4. Swimwear.com.my
5. Ogival Sunway Pyramid
6. Muslimah Swimwear
7. Prosun FB

Kelas Renang Berbayar

Untuk mereka yang berminat belajar berenang secara intensif dengan kurikulum yang standard dan mantap boleh mendapatkan khidmat sama ada dari syarikat ataupun individu melalui laman website berikut :

http://smart-renang.com/
http://www.ezi2swim.com/
http://jomrenang.com/tag/kelas-renang-di-putrajaya/
http://www.maiswim.com/kelas.html
http://kolamrenanguitm.blogspot.com/
http://www.swimlesson.com.my/faq.html
http://mohdbazli.blogspot.com/p/kelas-renang.html
http://www.aquadolf.com/
http://www.renang2u.com/index.html

Sebahagian kursus diadakan di Putrajaya, Shah Alam dan Petaling Jaya dengan kadar bayaran yang munasabah, sila rujuk lebih lanjut dengan syarikat berkenaan.

p/s: penulis blog tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikat di atas, senarai diperolehi melalui pencarian Google.


Kolam Renang Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Berdekatan dengan Majlis Perbandaran Sepang dan Multimedia Universiti Cyberjaya
Terbuka kepada orang awam

Operasi : Isnin hingga Ahad
Waktu : 8:00am - 8:00pm

Bayaran :
   Isnin - Sabtu = RM2 selepas 6ptg = RM3
   Ahad = RM5


Alamat :
  Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api, 63000 Cyberjaya

Contact :
  Tel : (603) 8318 0008 / 4739 / 4726 | Fax : (603) 8318 0006

Wednesday 17 August 2011

Kolam Renang Pusat Maritim Precint 5, Putrajaya

Bersebelahan dengan Hotel Pullman dan Pusat Akuatik Putrajaya
 
sumber : http://jomrenang.com

Dibuka setiap hari termasuk cuti umum.

Jadual Waktu :
  Sesi 1    9:00pg   hingga  11:45pg
  Sesi 2   12:30tgh hingga   3:15ptg
  Sesi 3     4:00ptg hingga   6:45ptg
  Sesi 4     7:30ptg hingga   9:45mlm

Bayaran :
  Dewasa/Kanak = RM5.00/sesi
  Bayaran masuk dibuat di meja lobby pintu masuk Pusat Maritim

-Lokasi kolam pada aras tingkat 1 
-Kolam bersaiz 25m x 15m, kedalaman = 1.3m
-Air kolam tidak menggunakan klorin sebagai bahan rawatan.
-Pemandangan Tasik Putrajaya dapat dinikmati dari kolam renang
-Parking percuma

Alamat: 
  No. 1, Jalan P5/5, Precint 5, Putrajaya, 62200

Telephone (Pejabat):
 03-88880317

Website:

Lokasi :

Kolam Renang Pusat Komuniti Precint 16, Putrajaya

Berhampiran dengan Alamanda Shoping Complex dan Petrol station Shell

                            Kolam Dewasa saiz 21m x 17m kedalaman 0.9m-1.5m
Kolam Kanak2 saiz kecil kedalaman 0.5m 

Dibuka kepada orang awam
Operasi : Isnin hingga Ahad, Cuti Umum dibuka kecuali Hari Raya Aidil Fitri (notis dikeluarkan)

Waktu sessi :
  Sesi 1 - 9:00pg hingga 11:00pg
  Sesi 2 - 1:00tgh. hingga 3:00ptg
  Sesi 3 - 5:00ptg. hingga 7:00mlm
  Sesi 4 - 8:00mlm hingga 10:00mlm

Waktu Khas Untuk Wanita :
  Jumaat Sesi 2 - 1:00ptg. hingga 3:00ptg.

Bayaran :
  Kolam Dewasa = RM2.00/satu sesi
  Kolam Kecil (Kanak2) = RM1.00/satu sesi

Pakaian :
  Wajib memakai pakaian renang khusus

Lain-Lain:
  Terdapat Lot Gerai Makan Pagi-Malam

Sekiranya hujan, guruh dan petir sesi kolam akan ditutup sehingga keadaan normal.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada :
  Kompleks Kejiranan Precint 16,
  Jalan P16J, 62150 Putrajaya,

  Tel: 03-88877669 / 88877000 samb:8749

  http://portal.ppj.gov.my/web/guest/285