Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Saturday, 20 August 2011

Renang Gaya Bebas Cara Mudah (Easy Freestyle)

Disini saya kongsi bersama video yang memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakukan renang gaya bebas dari mula hingga akhirnya anda mampu berenang dengan skill yang baik. Video ini terbahagi kepada beberapa sesi latihan gaya bebas iaitu :-

Bab 1 : Terapung di dalam air - Berkerjasama dengan kuasa Gravity - Meluncur bagai Superman - Kayuhan kaki Superman - Meluncur ke hadapan - Keseimbangan badan (pusingan badan yang efektif)

Bab 2 :  Laluan yang paling rendah rintangan air - Keseimbangan dan kelurusan badan - Pengenalan posisi skating - Bernafas dalam posisi skating

Bab 3 : Berenang menggunakan badan anda

Bab 4 : Pergerakan kekal tenaga pendorong

Bab 5 : Juruskan Tenaga Anda

Bab 6 : Pernafasan yang sempurna


Video Latihan Renang Gaya Bebas (format MP4, saiz = 375Mb)

Buku panduan Latihan Renang Gaya Bebas (format pdf, saiz = 1.29Mb)

- Secara peribadi, saya katakan ini adalah video yang terbaik untuk belajar asas berenang gaya bebas 

- Saya berulang kali mengulangkaji video ini sebelum turun ke kolam renang dan cuba praktikkannya secara berperingkat-pringkat sehinggalah dapat menguasai dan merasai pergerakan tersebut.

- Penerangan teknik gaya bebas secara terperinci boleh dilayari di :-
 http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/other_sports/swimming/4227472.stm 

Selamat berusaha hingga berjaya...

1 comment:

  1. x boleh download pun videonya. mcmana nk download ni

    ReplyDelete