Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Tuesday, 23 August 2011

Mari-Mari Kita Mula Belajar Berenang

Bumi kita dilitupi oleh hampir 75% air. Dengan jumlah air sebanyak itu, bagaimana kita hendak mengelak dari persekitaran air Paling tidak pun pasti kita akan terjumpa sungai dan laut, terutama di Malaysia yang dikurniakan banyak pulau-pulau dan sungai-sungai yang menarik.

Sebenarnya, kita tidak patut mengelak dari persekitaran ini, sebaliknya cuba untuk menyelami persekitaran. Macam orang kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau..mengaum.

Bagi anda yang memilih untuk membaca artikel ini, saya percaya, anda sebenarnya sangat berkeinginan untuk bergerak bebas, berenang-renang dalam air, tak kisahlah di kolam renang, sungai atau pun laut.
Anda telah membuat satu keputusan yang baik dengan membaca artikel ini. Teruskan membaca ye.

Saya juga percaya kebanyakan pembaca artikel ini berkemungkinan besar dewasa. Bagus kerana memang saya nak kongsi pengalaman dengan orang dewasa, terutama yang berumur lewat 20-an ke atas.

Kebanyakan kita tak berpeluang untuk didedahkan dengan persekitaran air yang selamat seperti kolam renang masa zaman kita kecil dulu. Boleh dikatakan dulu (80an & 90an) sukan renang merupakan sukan golongan elit, status mungkin hampir sama dengan sukan golf.

Pada masa tersebut pun tidak banyak disediakan kemudahan kolam renang awam. Kebanyakannya kolam  renang persendirian dengan bayaran keahlian dikenakan. Rasanya peluang kita untuk ber’jumpa’ air pun mungkin datang kalau keluarga kita pergi berkelah kat sungai atau laut.

Jadi kalau sekarang ini anda ada masalah takutkan air, bukan satu kesalahan besar pun. Cumanya sekarang ini disebabkan ada lebih banyak lagi kemudahan kolam renang untuk awam, mungkin inilah masa yang sesuai untuk anda ‘explore’ . Ingat, tidak pernah terlewat untuk kita belajar renang (atau apapun), cuma bila anda dah dapat ‘seru’ semasa memutuskan untuk baca buku ini, baik anda mulakan SEKARANG JUGA!

Sila muat turun disini keseluruhan artikel ini.
p/s: Artikel ini diperoleh dari www.aquadolf.com ataupun anda boleh mengikuti perbincangan di www.facebook.com/berenangitubest

No comments:

Post a Comment