Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Wednesday, 24 August 2011

Pengenalan Kepada Jenis Renang

Mengenali jenis-jenis stroke berenang yang popular dan dipertandingkan di peringkat kebangsaan, olimpik dan dunia. Terdapat 4 jenis stroke :-

1. Kuak Gaya Bebas ( Freestyle / Front Crawl )
Gaya bebas merupakan stroke yang paling laju dan memberi anda perassan penguasaan air secara sepenuhnya. Ada sebahagian tempat memanggil nama Front Crawl stroke.

2. Kuak Dada ( Breaststroke )
Kuak dada merupakan stroke tradisi yang popular bagi perenang yang inginkan fitness walaupun pergerakan kuak dada agak perlahan tetapi ianya disukai kebanyakan lelaki mahupun wanita.

3. Kuak Lentang ( Backstroke )

Kuak Lentang berbeza daripada stroke yang lain kerana anda tidak dapat melihat ke arah hadapan tempat yang dituju.Cuba berenang dengan badan hampir pada permukaan air seolah-olah anda sedang berbaring di atas tilam beralaskan bantal.

4. Kuak Kupu-Kupu ( Butterfly Stroke )
Kuak Kupu-Kupu memerlukan teknik yang betul dan stamina yang tinggi tetapi pergerakkan badan tidak begitu susah sekiranya anda telah banyak melakukan stroke yang lain sebelum ini.

Secara keseluruhannya saya mencadangkan agar anda memilih dahulu dua stroke yang lebih mudah dipelajari iaitu Freestyle dan Breaststroke.Anda boleh berlatih kedua-dua dalam satu sesi tetapi buatlah setiap stroke tersebut dalam masa yang berlainan dan tidak mencampur adukkan kedua-dua stroke tersebut sekaligus.

p/s: dipetik dari sumber asal http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/other_sports/swimming/4227472.stm

No comments:

Post a Comment