Papan tanda simpang masuk ke pantai Air Papan dari Jalan Mersing - Kuantan
Atas : Pemandangan kiri dan kanan kawasan pantai
Bawah : Anak dan anak saudara bermain ombak di gigi air
Pada bulan Oktober hingga Mac keadaan laut Cina Selatan bergelora menyebabkan ombak besar dan air laut lebih keroh dari biasa iaitu biru, jernih dan tenang. Walau keadaan cuaca pada masa itu kurang sesuai untuk berenang saya tetap meredahnya untuk merasakan cabaran yang tidak dapat diperolehi dari kolam renang awam.
Hari pertama - Air pasang petang dengan ombak besar setinggi lebih kurang 2m
Saya berenang lebih kurang 1/2 jam di pinggir pantai dari pukul 6.00ptg hingga 6.30ptg. Memang sangat-sangat thrill dan enjoy habis dilambung ombak dan menyusur ombak.
Hari kedua - Air agak tenang dengan ombak kecil setinggi 1m
Hari yang kedua di pantai Air Papan saya menghabiskan masa berenang dari pukul 10pagi hingga 12 tengahari dalam keadaan cuaca yang redup dan nyaman...taklah kulit sunburn
SubhanAllah begitu indah dan damainya suasana percutian saya dan keluarga pada kali ini.
Kemudahan awam seperti tandas dan bilik mandi ada disediakan dengan bayaran RM1. Caj untuk parking sekali masuk kawasan ini adalah RM4 sepanjang minggu..mungkin agak mahal juga.
Amat berpuas hati dan kami sekeluarga seronok berada di Pantai Air Papan, sekiranya di izinkan Allah mungkin lepas ni menyeberang ke Pulau Tioman yang terletak 2km perjalanan dari jeti Mersing melalui perkhidmatan bot.
Satu perkara yang menarik minat saya adalah adanya menara Penyelamat Pantai JPA dengan kakitangan yang berkhemah dan terlatih sentiasa meronda dan memerhati keadaan keselamatan pengunjung pantai.
Kiri - Menara Kawalan di tepi pantai
Kanan - Pejabat pentadbiran JPA di belakang menara
Kemudahan awam seperti tandas dan bilik mandi ada disediakan dengan bayaran RM1. Caj untuk parking sekali masuk kawasan ini adalah RM4 sepanjang minggu..mungkin agak mahal juga.
Kiri - Gerai menjual cenderahati
Kanan - Gerai makan
Kesimpulannya,Amat berpuas hati dan kami sekeluarga seronok berada di Pantai Air Papan, sekiranya di izinkan Allah mungkin lepas ni menyeberang ke Pulau Tioman yang terletak 2km perjalanan dari jeti Mersing melalui perkhidmatan bot.
No comments:
Post a Comment