Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Kepada pengunjung muslim diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada 30hb.Ogos 2011.
Semoga bulan Ramadan yang dilalui menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa kepada Allah swt.

Selamat pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing dan selamat kembali ke rumah anda.
Pandulah kenderaan dengan kesabaran dan keimanan, semoga anda selamat sampai ke destinasi yang dituju. Amin.

Sunday, 28 August 2011

Cara Download File dan Video Dari Filesonic.com

Sebagai panduan untuk muat turun ebook ataupun video file yang terdapat dalam blog ini sila tonton video Youtube yang berikut :-

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk muat turun dari filesonic.com

Pecutan Gaya Bebas Roland_Schoeman

Sekiranya anda ingin merasai kelajuan berenang gaya bebas, Roland_Shoeman adalah orang yang pakar dalam bidang ini. Saksikanlah dan pelajarilah bagaimana beliau melakukan latihan yang intensif dalam video ini.

338Mb (46.55min.) 
Video: Avi 352x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 96kbps



Saturday, 27 August 2011

Renang Santai / Rekreasi

Renang rekreasi dianggap oleh banyak orang sebagai cara melegakan diri serta senaman penuh badan yang baik. Banyak gaya renang adalah sesuai untuk renang rekreasi.

Kebanyakan perenang rekreasi lebih menyukai gaya yang mengekalkan kepala mereka di atas permukaan air, dengan pemulihan lengan di bawah air.

Kuak dada,  Kuak sisi, dan 'Kuak anjing mengayuh' merupakan gaya yang paling biasa digunakan dalam renang rekreasi, tetapi pemulihan lengan di luar air dalam gaya bebas atau gaya rama-rama membekalkan kelebihan yang diberikan oleh perbezaan rintangan antara udara dengan air.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Renang)

Beberapa contoh video renang santai yang anda boleh pelajari.

26.8Mb 
Video: Avi 640x352 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 123kbps



6.98Mb
Video: Avi 624x352 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 127kbps



Pernafasan dalam Berenang

Satu perkara yang paling penting dalam renang iaitu bernafas semasa berenang merupakan faktor kejayaan seseorang untuk melangkah ke tahap yang seterusnya sebelum bermula mana-mana kuak yang umum ( Breaststroke, Freestyle, Backstroke atau Butterfly stroke ).Video yang berikut boleh menjadi panduan bagaimana kita belajar bernafas semasa berenang.

 413Mb
Video: Avi 320x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 128kbps


Nothing is more essential to a swimmer than air. Yet few swimmers truly understand how to breathe efficiently. Not just to get air, but to integrate breathing seamlessly with the stroke. Breathing is sometimes viewed as a liability or inconvenience, but when you do it right, breathing can actually make your stroke better. This DVD shows you how.

Contents:

Introduction – Learn the two key skills of breathing: (1) Head-Spine Alignment and (2) Breathing with body movement.

Water Bowl Exercises – Invaluable if you’ve never been comfortable in water. Useful for understanding subtleties you probably missed before, if you’re already a skilled swimmer.

Shallow Water Exercises – Separate critical breathing skills from stroking. Rehearse them in simple ways. Breathe more efficiently as a result.

Breathing Skills in Drills - A simple breathing technique that helps you drill better. And an advanced breathing technique that helps you transition from drill to swim better.

Whole Stroke Breathing Skills – A detailed study with focal points for practice of breathing technique for Freestyle, Breaststroke and Butterfly.


Kelebihan Berenang

Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu BERENANG dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Hadis Riwayat Ahmad

Kenapa Rasulullah anjurkan supaya ajar anak berenang?

Tentulah hikmah dan manfaatnya sangat baik kan..

Antara fakta yang diketahui dan ingin dikongsikan bersama, berenang merupakan olahraga tanpa gaya graviti bumi (non weight barring). Ia adalah salah satu jenis olahraga yang mampu meningkatkan kesihatan seseorang yang jg merupakan olahraga yang paling dianjurkan bagi mereka yang kelebihan berat badan (obesiti), ibu hamil dan penderita gangguan persendian tulang atau arthritis. Berenang memiliki banyak manfaat yang dapat dirasakan apabila kita melakukannya secara betul dan jadikan senaman itu sebagai rutin, antaranya ialah :

1. Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru



Gerakan mendorong dan menendang air dengan anggota tubuh terutama tangan dan kaki, dapat memacu aliran darah ke jantung, pembuluh darah, dan paru-paru.Berenang juga dapat dikategorikan sebagai latihan aerobik dalam air.

2. Melatih pernafasan

Sangat dianjurkan bagi orang yg terkena penyakit asma untuk berenang kerana sistem cardiovaskular dan pernafasan dapat menjadi kuat. Pernafasan kita menjadi lebih sihat, lancar, dan pernafasan menjadi lebih panjang.

3. Membentuk otot

Ketika berenang, kita menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot pada tubuh,dari kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang, anggota gerak bawah, dan telapak kaki. Saat bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan energi atau tenaga yang lebih besar kerana harus ‘melawan’ air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot-otot tubuh.

4. Membakar kalori lebih banyak

Saat berenang, tubuh akan terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan pun menjadi lebih tinggi, sehingga dapat secara efektif membakar sekitar 24% kalori tubuh. Ada fakta mengatakan berenang membakar lebih banyak kalori daripada berjogging.

5. Self safety
Keratan Akhbar Harian Metro 2/9/11

 Sumber dari Arkib Harian Metro
Dah pandai berenang, tentulah kita tidak perlu risau apabila berhadapan situasi cemas seperti jatuh ke laut dll

6. Menghilangkan tekanan perasaan

Secara psikologi, berenang juga dapat membuatkan hati dan fikiran lebih relaks. Gerakan berenang yang dilakukan dengan santai dan perlahan, mampu meningkatkan hormon endorfin dalam otak. Suasana hati jadi sejuk, fikiran pun jadi tenang.

p/s: sumber asal dari
http://acusrikandi.blogspot.com/2010/04/jom-amalkan-sunnah-nabi-dengan-berenang.html

Renang Kuak Lentang Aaron_Peirsol (Backstroke)

Kuak Lentang berbeza daripada stroke yang lain kerana anda tidak dapat melihat ke arah hadapan tempat yang dituju.Cuba berenang dengan badan hampir pada permukaan air seolah-olah anda sedang berbaring di atas tilam beralaskan bantal.

Panduan untuk mendapat kelajuan tinggi pada kuak lentang

328Mb 
Video: Avi 352x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 96kbps





Friday, 26 August 2011

Renang Kuak Kupu-Kupu (Butterfly Stroke)

Ini adalah asas renang kuak kupu-kupu yang diajarkan oleh Guru Terry Laughlin pengasas Total Immersion Swimming. Kaedah yang ditunjukkan sesuai bukan sahaja untuk remaja tetapi untuk golongan 40an juga.

313Mb
Video: Avi 352x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 96kbps


Cara Micheal_Phelps berlatih kuak kupu-kupu boleh diikuti melalui video dibawah ini.



 382Mb
 Video: Avi 720x480 30fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 128kbps

Renang Gaya Bebas Ian_Thorpe (Freestyle)

Sedutan dari video renang gaya bebas bekas juara dunia Ian Thorpe. Cara berenang beliau yang dikatakan natural blend dalam air kolam renang.

 
63Mb 
Video: Avi 720x400 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 127kbps



Thursday, 25 August 2011

Renang Kuak Dada (Breaststroke)

Anda boleh menjadikan video yang berikut sebagai cikgu dan panduan sebelum anda turun ke kolam renang. Jangan jemu untuk menonton video ini berulang-ulang kali sehingga anda dapat melakukan stroke seperti yang ditunjukkan dalam video.

1. Kuak Dada (Brendan_Hansen)


334Mb
Video: Avi 352x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 96kbps




2. Kuak Dada (Ed_Moses)


Video: DivX 5 720x480 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 192kbps


3. Kuak Dada (Jimmy_DShea)
   
Online Streaming
Video: Flash Video 1 320x240 [Video]
Audio: MPEG Audio Layer 3 22050Hz mono 8kbps [Audio]

4. Kuak Dada (Olympics Games)

Video: Avi 656x368 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 132kbps