Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Saturday, 5 May 2012

Berenang di pantai Kelulut Marang - Swimathon 2012


Berenang santai di pantai Kelulut Marang Terengganu pada 30/4/2012, sehari selepas menyertai Kapas Marang International Swimathon 2012.


Latihan berenang bersama Hafiy di pantai Kelulut Marang Terengganu pada 28/4/2012 sehari sebelum menyertai Kapas Marang International Swimathon 2012.

Latihan renang petang sambil minum air garam..1 liter kenyang

Kebanyakkan perenang membuat latihan terakhir masing2 di pesisir pantai Pulau Kapas, hanya kami berdua yang berlatih di sebelah daratan (pesisir pantai Kelulut).Itupun disebabkan kami menginap bersama keluarga masing2 di hotel Seri Malaysia Marang.

Walaupun penat memandu dari rumah ke Marang belum pulih namum keseronokan berenang petang itu memang melegakan dan dapat melepaskan tekanan perasaan menanti pertandingan pada keesokkan harinya.

Untuk pengetahuan pembaca..penganjur memberi kebenaran kepada peserta pertandingan memilih untuk tinggal di Challet Pulau Kapas ataupun hotel sekitar bandar Marang. Rasanya tak kurang dari 50 daripada  400 orang memilih untuk tinggal di sekitar Marang. Pada awal subuh 6.00pagi semua peserta ini berkumpul di jeti Marang menaiki bot ke Pulau Kapas untuk permulaan pertandingan renang.

Tempat permulaan adalah betul2 bersebelahan dengan jeti Pulau Kapas.  Semua peserta dilepaskan tepat pada pukul 7.35pagi selepas selesai pendaftaran terakhir dan membuat cop nombor pertandingan pada lengan dan paha masing2.


No comments:

Post a Comment