Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Sunday, 6 May 2012

6.5km Kapas-Marang Swimathon 2012

Laporan dari Kapas - Marang International Swimathon 2012

 -Seramai 400 peserta dari 17 Negara bertanding dalam pelbagai kategori (Junior, senior hingga veteran) merupakan jumlah paling ramai sejak diadakan Swimathon.Jumlah hadiah keseluruhan utk semua pemenang pada tahun ini ialah RM43,900.

-Juara Lelaki Benjamin Konschak, 1:28:06 (35thn) dari German manakala juara wanita pula ialah Chelsea Chong Xuet Yi, 1:36:30 (15thn) dari Kuala Lumpur.

-Peserta mula berenang dari Pulau Kapas pada pukul 7:35pg dan paling akhir mendarat di pantai Kelulut, Marang pada pukul 11:35pg bila tempoh tamat diistiharkan oleh penganjur.

-Kawalan keselamatan dan pengiring perenang disediakan banyak kayak disertai bot peronda dan jetski sepanjang pertandingan , begitu cemerlang diuruskan pihak penganjur.

 -Penganjur telah meletakkan tidak kurang dari 10 Buoy(Pelampung) sebagai tanda rujukan perenang sepanjang laluan 6.5km bagi memastikan perenang tidak tersesat.Program tamat pada pukul 1.00ptg.

-Rakan2 BIB yang menyertai pertandingan kali ini telah berjaya menamatkan pertandingan (Finisher) di bawah had masa 4jam, sebahagian mereka berjaya mencapai masa antara 2-3 jam.

-Tahniah diucapkan kepada semua Pemenang dan Finisher 2012 juga supporter disebalik kejayaan masing2.

-Penulis sendiri telah berjaya menamatkan 6.5km dalam masa 3jam 02minit dengan itu melayakkan untuk mendapat 3 hadiah (Cenderamata) dari penganjur iaitu sehelai baju bewarna biru dengan label "Finisher" dibelakang, sekeping sijil penyertaan dengan catatan masa dan sekeping medal berwarna gangsa.

warna sahaja biru tapi tiada kena mengena dengan CELCOM


"sekeping sijil yang membawa seribu makna di sebalik pencariannya."

"sekeping pingat bagi sebuah cabaran dan keupayaan"

Saat yang dinantikan apabila selamat sampai di garisan penamat Swimathon dan menjadi Finisher untuk kali pertama sebagai satu pencapaian bersejarah bagi tahun 2012.

  Bagi seorang insan yang dilahirkan bukan dari keluarga ahli sukan, pencapaian dan kejayaan ini merupakan satu keajaiban yang dicari dengan usaha, kesungguhan, dedikasi dan semangat juang yang tinggi demi menjadi contoh kepada generasi anak-anak. 
  Usia bukanlah satu penghalang untuk mencapai sesuatu kejayaan yang diingini jika disertakan dengan faktor-faktor yang tersebut dan juga doa tawakkal kepada Allah.


Beberapa video yang dapat saya kongsikan untuk panduan dan penerangan berkenaan Swimathon oleh pihak penganjur (TriathlonMalaysia).


Lokasi Pendaftaran pada 28/4/2012 bertempat di Jeti Marang, Terengganu. Selepas pendaftaran peserta2 dihantar ke Pulau Kapas dengan perkhidmatan bot yang terdapat di jeti ini.


Part 1
Part 2
Sesi penerangan  pada 28/4/2012 pukul 2.15ptg yang diadakan berhampiran jeti Marang. Ini merupakan sesi penerangan kepada peserta yang memilih untuk tinggal di bandar Marang, manakala sesi kedua diadakan di Pulau Kapas untuk peserta yang menginap di sana.

Seperti biasa sesi disampaikan oleh "Uncle Chan" orang kuat Swimathon dengan informasi yang terkini serta tips-tips yang berguna untuk peserta. Cara penyampaian Uncle Chan yang bersahaja dan penuh dengan kata semangat diselitkan lawak jenaka berdasarkan pengalaman beliau yang  banyak terlibat menganjurkan acara Triathlon di Malaysia.



Sekilas berita keseluruhan pertandingan yang berlangsung pada hari ini 29/4/2012. Pemenang lelaki dan wanita sampai ke garisan penamat juga upacara penyampaian hadiah dilangsungkan selepas tamat 4jam pertandingan.


Peserta istimewa yang sampai ke garisan penamat diberi sambutan gemuruh oleh para hadirin disekeling. 

sumber : sebahagian photo ehsan dari Ombak sc 

1 comment:

  1. assalammualaikum encik. cemana nak training sebelum ke kapas marang swimathon. saya masih baru dan renangan saya mungkin tak cantik lagi.. boleh tak bantu?

    ReplyDelete