Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Monday, 12 March 2012

Menambah Tenaga dan Meningkat Hasil latihan Renang

Bayangkan sekiranya situasi yang berikut adalah rutin seharian anda :-

1. Penat bekerja seharian di pejabat dari awal pagi hingga lewat petang.
2. Tekanan perasaan melayan kerenah pelanggan yang "angin", baran dan mulut #^*&.
3. Dimarahi bos sebab assignment tak siap on time.

Jangan jadikan STRESS dan TENSION ini menganggu minat dan tumpuan anda untuk berenang.
Mungkin anda boleh mencuba beberapa kaedah berikut :-

1) Cas Kembali "Bateri" Anda Walaupun Seketika (pada Hari bekerja)

  Cuba dapatkan 5-10 minit rehat sebelum turun kolam, mungkin duduk di dalam kereta(di parking lot) sambil melayangkan fikiran jauh dari urusan kerja dan cuba lelapkan mata buat seketika walaupun selayang. InsyaAllah apabila terjaga "Bateri" anda akan mempunyai tenaga tambahan dan minda akan segar untuk sesi latihan nanti.

2) Rancang Makanan Anda  2 jam Sebelum Sesi Latihan

  Lebih lama anda berlatih lebih banyak tenaga yang diperlukan. Tenaga=Makanan, Perut yang kosong akan menyebabkan anda cepat keletihan dan kurang stamina. Perut yang penuh pula akan menyebabkan anda cepat semput dan sukar bernafas disebabkan process penghadaman sedang berlaku. Sebaik-baiknya makan kuantiti yang banyak 2 jam sebelum sesi latihan supaya makanan tersebut hadam sepenuhnya dan perut selesa semasa berenang.

3) Makanan Tenaga Segera sebelum sesi latihan..sekiranya terlepas makan berat sebelumnya.
  Anda boleh makan Power Bar snack ataupun apa2 yang sewaktu dengannya seperti Cokelat bar dsb bagi mendapatkan tenaga segera sekiranya terlepas makan tengah hari ataupun tidak berkesempatan makan malam sebelum latihan. Menambahkan lagi tenaga anda juga boleh minum susu dlm kotak yang dijual di kedai2 runcit atau 7Eleven. Yang penting jangan biarkan perut anda terbiar kosong dan rasa pedih semasa sesi latihan..bahayanya mungkin anda boleh kena sakit gastrik kemudian hari.

4) Minum air yang cukup sebelum dan selepas sesi latihan

  Walaupun berenang dalam air kolam tidak bermaksud air dalam badan akan bertambah kerana bila berenang akan berlakunya perpeluhan keluar dari badan tanpa disedari (serap ke dalam air kolam). Semakin lama kita berenang tekak akan merasa kehausan, menunjukkan berlaku dehidrasi dalam badan. Oleh itu elok sebelum latihan minum air mencukupi untuk menghalang keadaan dehidrasi berlaku ataupun anda boleh berhenti seketika dan minum air di tepi kolam ketika sesi latihan.

  Juga penting untuk minum air selepas selesai sesi latihan bagi tujuan mengembalikan tahap air dalam badan mencukupi,jika tidak anda boleh rasa pening kepala ataupun jatuh pengsan sekiranya berlaku kekurangan air yang banyak dlm badan dan tidak diganti segera.

Kesimpulan

   Mungkin kaedah di atas  dapat menolong anda lebih fokus dan memperoleh hasil yang maksima dari sesi latihan renang walaupun dengan keadaan minda yang lesu dan badan yang letih pada awalnya.
   Persediaan dan perancangan awal dapat menghasil kualiti latihan yang baik dan berkesan dan tidak semata-mata bergantung kepada kuantiti latihan yang banyak sahaja.

Renung-Renungkanlah, Selamat beramal dan Enjoy Berenang.

No comments:

Post a Comment