Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Saturday, 29 October 2011

Kecederaan dan Kesakitan Berenang

Tempoh 3 tahun saya melakukan aktiviti renang telah banyak memberi kesan yang sangat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal,sama ada dari segi yang zahir mahupun yang batin , Segalanya berubah dan bertambah "power" dari sebelumnya.

Namun tidak dinafikan aktiviti renang juga mempunyai risiko dan kesan sampingan yang menyebabkan kecederaan ataupun kesakitan berpanjangan jika kita tidak mengetahuinya dan tidak berusaha mencegahnya.

Pengalaman sakit paling serius...pada Jun 30, tahun 2009 :
Saya mendapat jangkitan penyakit "Bilateral Maxillary Sinusitis" ataupun kata melayu-nya Resdung.(Sebelum ini tak pernah ada sejarah resdung)

Sebab :
- Jangkitan kuman pada rongga hidung dan telinga dari air kolam...akibat kurang mengambil perhatian semasa membilas badan selepas tamat sesi renang.

Kesan :
- Demam dan selsema berulang 3-4 kali sebulan tak berhenti.Akibatnya MC/cuti kerja berhari-hari..

Rawatan :
- Dinasihatkan oleh doktor pakar menjalani pembedahan kecil pada bahagian rongga hidung dan telinga untuk membuang bahagian jangkitan yang membengkak dan bernanah.

- Saya menjalani pembedahan kecil di hospital SJMC dengan kos +/- RM9 Ribu. Perghh..3 hari 2 malam
- 3 minggu lepas pembedahan, saya kembali kerap berenang walaupun doktor pernah nasihat kurangkan aktiviti berenang...tapi degil..mana boleh tahan jiwa kacau kalau lama tak jumpa swimming pool.
- Alhamdulillah selepas pembedahan tersebut saya tak pernah mendapat lagi demam dan selsema yang  berpanjangan..kalau adapun sekali sekala kira demam adat je.

Cara saya mengelakkan terkena jangkitan kuman dari air kolam awam :-

a) Baca Bismillah dan Tawakal kepada Allah sebelum terjun kolam .. Bismillah hi Tawakkal tu Allallah..dan seterusnya.

b) Gunakan "Ear plug" getah sumbat ke lubang telinga (harga tak sampai RM10 sepasang). cara selamat mengelakkan air memasuki telinga ketika berenang ataupun menyelam.

c) Selepas habis sesi renang membilas/mandi air bersih jangan lupa untuk membersihkan rongga hidung dan telinga. Caranya :
-Masukkan air mandi bersih ke dalam 2 belah telinga dan keluarkan semula.
-Sama juga dengan rongga hidung..sedut air bersih ke dalam hidung dan hembus keluar.
-Ulang beberapa kali supaya sisa-sisa air kolam yang tinggal keluar semuanya.

d) Jangan berenang di kolam renang yang tidak bersih dan tiada sistem penyelengaraan oleh pihak yang bertanggung jawab. Mungkin air tercemar dengan kuman dan bakteria.

e) Siasat dan dapatkan informasi tentang sesuatu tempat berenang samada kolam awam/swasta ataupun kawasan tasik yang airnya selamat untuk aktiviti berenang

Pengalaman sakit lain yang kurang serius..kadang-kadang bahagian gegendang telinga rasa gatal dan sakit.

Sebab :
- Jangkitan kuman dalam bahagian telinga apabila air kolam terperangkap di dalam kawasan gegendang telinga.

Kesan :
- Telinga rasa berdengung dan sakit apabila tunduk ataupun ketika sujud solat..pada peringkat yang serius boleh membawa kepada pening kepala dan demam.

Rawatan :
- Berjumpa doktor dan diberi ubat demam/tahan sakit, ubat tahan bengkak dan ubat titik telinga dengan kandungan antibiotik(jenama Softradex).
- Selepas itu kalau saya rasa sakit telinga , terus titikkan ke dalam telinga ubat Softradex 4x sehari ..memang berkesan lepas 2 hari sakit hilang.

Selain dari jangkitan telinga dan hidung, apabila kita melakukan aktiviti berenang yang agak kerap..otot-otot pada bahagian bahu, urat belikat, pinggang akan mengalami sakit-sakit sengal ataupun bisa-bisa badan, tetapi bagi saya itu adalah lumrah bersukan cuma dari segi keseimbangannya kita kena mempunyai masa rehat
yang cukup untuk tujuan pemulihan otot-otot dan sendi-sendi. Demikian juga makanan yang berkhasiat dan berzat akan turut membantu proses pemulihan tersebut.

Kesimpulannya ...walaupun terpaksa mengharungi sakit dan cedera akibat berenang di sebab oleh minat yang amat mendalam semua itu tidak menjadi penghalang dan melemahkan semangat untuk meneruskan aktiviti renang apatah lagi ianya adalah salah satu daripada sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk tujuan riadah dan kesihatan.

Berikut adalah rencana mengenai kecederaan dan cara mengatasinya daripada para professional renang :-
1. How to Swim Faster Without Injury
2. Strategies for Preventing Common Swimming Injuries
3. Open Water Swimming Injury Prevention
4. Avoiding Injury While Swimming
5. Swimming Injuries - Children
6. Sports Medicine - Swimming Injuries

ps: Ini adalah kisah dan pengalaman benar penulis dan bukan cerita rekaan semata-mata .

No comments:

Post a Comment