Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Wednesday, 14 December 2011

Latihan Renang di Port Dickson bersama Officemate

Port Dickson awal Disember 2011, saya berenang di laut beberapa kali seorang diri dalam jarak renang lebih kurang 1km.

Pada tahun ini air pantai begitu tenang, jernih, pasang waktu pagi dan surut tengahari, jadi saya ambil sedikit  masa berenang di waktu pagi dan lewat petang.

Sesi kali ini saya memberi penerangan kepada officemate yang juga "Geng Renang" tempat kerja yang tubuhkan lebih kurang 6 bulan lalu bagaimana teknik berenang di laut berbeza dengan kolam renang.

1) Laut tiada garisan lurus sebagai rujukan
Paling ketara perbezaannya adalah lautan tiada garisan untuk memandu arah lurus ketika berenang.
Tanpa teknik berenang yang betul anda mungkin akan berpusing-pusing ditempat yang sama tanpa disedari.

2) Pening dilambung ombak
Seperkara lagi adalah ombak kecil dan besar yang akan menjadi rintangan ketika berenang menjadikan kita rasa pening lalat bila dilambung ombak tersebut lebih-lebih lagi di kawasan pinggir pantai. Hanya latihan renang di laut yang kerap sahaja yang dapat menghilangkan rasa pening tersebut.

3) Dasar laut yang kelam dan gelap
Apa yang dapat di lihat di dasar air laut adalah pasir, lumpur ataupun batu karang yang terbentang luas.

Pemandangan biasa dilihat dalam kolam renang seperti batu mamar putih yang cantik bertukar menjadi pemandangan kelam dan gelap di dasar laut. Secara psikologi hati anda akan bertukar menjadi "kecut" dan silap hari boleh menjadi panik.

Bagaimana untuk melatih pemikiran kita agar dapat menerima semua yang kelam dan gelap itu menjadi sesuatu yang positif dan diterima otak kita dengan tenang. Jawapannya tidak lain dari latihan dan manipulasi pemikiran supaya sentiasa berfikir positif.

Satu lagi cara yang saya amalkan adalah berzikir dalam hati semasa berenang kerana ianya dapat menenangkan jiwa dan perasaan kita dari berfikir perkara yang bukan-bukan, tambahan lagi hanya Allah sahaja tempat kita bergantung dan meminta pertolongan.

4) Mudah terapung di permukaan laut
Satu kelebihan berenang di lautan adalah badan kita mudah terapung tanpa perlu bersusah payah mengerakkan kaki dan tangan membuat kuakan air seperti di dalam kolam walau bagaimanapun cara apungan yang betul elok dilatih dari kolam dahulu untuk lebih berkesan ketika di laut.

5) Manfaat latihan renang di kolam
Latihan renang di kolam dapat dilakukan sebagai rutin untuk membina ketahanan fizikal dan stamina di samping mendapatkan teknik stroke yang tepat dan berkesan.

Apabila kita berenang di laut, skill dan stamina yang kita bina di kolam akan membantu secara langsung berhadapan dengan pelbagai cabaran di lautan.


Latihan renang bersama Hakim dan Fahmi (anak)

6) Latihan pendek tapi berkesan
Kami mempraktikkan kaedah berenang lurus ke arah sesuatu tempat yang hendak dituju berpandukan rujukan kepada objek sekeliling yang dapat dilihat seperti pokok-pokok, kapal ataupun apa-apa yang berdiri tetap di pantai dapat dilihat semasa berenang.

Pada masa yang sama juga kami mempraktikkan kaedah apungan yang mudah secara menegak ataupun menelentang kerana kelebihan air laut yang lebih tumpat dari jisim badan akan sentiasa memudahkan kita terapung walaupun dengan sedikit usaha gerakkan kaki dan tangan.

Kesimpulannya,
..dek kerana keadaan laut tenang tanpa ombak besar, sesi renang kali ini kurang thrill dan mencabar walau bagaimanapun tetap menyeronokkan.

Keterangan lanjut dan video latihan renang di laut boleh di ikuti di sini  http://www.filesonic.com/file/1844439111/Openwater_swimming_tips.avi

Monday, 12 December 2011

Keadaan Cuaca Semenanjung Malaysia

Adalah tidak merugikan sekiranya kita membuat sedikit penyelidikan dan mendapatkan informasi yang tepat berkenaan cuaca sesuatu destinasi yang ingin ditujui pada tarikh yang dirancang supaya nikmat dan keseronokan bercuti tidak terbantut disebabkan perubahan cuaca sesuatu tempat.

Musim Tengkujuh (Angin Monsun Timur Laut)
Tempoh   : Awal November hingga Mac
Keadaan :
 i) Pantai Barat - Tiada kesan
 ii)Pantai Timur - Hujan Lebat, Angin Kencang dan banjir di Kelantan Trengganu dan Pahang
    - Laut bergelora (tidak sesuai untuk aktiviti perikanan dan pesisir pantai)

Angin Monsun Timur Laut bertiup ke arah Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Angin Sumatera
Tempoh   : April hingga Mei
Keadaan  :
  i) Pantai Barat - hujan lebat, disertai kilat, guruh dan ribut yang mencapai kelajuan sehingga 80 km/jam (Pelabuhan Klang hingga pantai barat Johor)
  ii) Pantai Timur - Tiada kesan

Musim Barat (Angin Monsun Barat Daya)
Tempoh   : Mei hingga September
Keadaan :
 i) Pantai Barat - Kurang Hujan
 ii)Pantai Timur - Tiada kesan
Angin Monsun Barat Daya bertiup ke arah Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kesan angin kurang dirasa disebabkan halangan Pulau Sumatera Indonesia.

Suhu Permukaan Laut Selat Melaka
Januari - Februari secara amnya sejuk(28.0°C)
April – Julai Paling panas (31.0°C).
Bulan-bulan lain adalah sederhana

Suhu Permukaan Laut Pantai Timur
April – Mei  paling panas melebihi 30°C
Sept – Okt  29°C
Nov - Mac (Musim Tengkujuh) 27–28°C

Musim Hujan
i)  Kawasan pantai barat semenanjung dan sekitar Selat Melaka :-
hujan maksimum dua kali setahun iaitu pada pada Oktober-November dan April-Mei,

ii) Kawasan pantai timur mengalami musim hujan pada bulan November-Mac.

Corak Pergerakan Angin Bulanan
Jan hingga Mac

April hingga September

Oktober hingga Disember

Maklumat di atas diperolehi dari rujukan http://seafdec.org.my/seafdecv4/images/pdf/buku_mfrdmd/Buku%20Keadaan%20Laut.pdf

Wednesday, 7 December 2011

Jawapan kepada Saudara Hadhri

Soalan Saudara Hadhri...

Saya sedang belajar berenang.saya mempunyai masalah iaitu bahu saya agak keras menurut jurulatih saya. saya juga telah melakukan senaman yang disarankan iaitu menyelam dan bangun semula namun tetap tidak berjaya.ada cara lain yang tuan boleh kongsikan dengan saya?


Jawapan dan pandangan saya..

Sebenarnya saya sendiripun tidak pernah terfikir masalah bahu keras atau lembut semasa berenang.
Bagi saya amat mudah sekiranya saudara dapat menghubungkan apakah kesan dari keadaan tersebut pada gerakan renang saudara. Adakah ?

1. Pegerakan renang perlahan atau
2. Badan sentiasa tenggelam atau
3. Cepat menjadi penat dalam jarak renang yang pendek ataupun
4. Tiada apa-apa kesan pada keadaan renang.

Dari segi teorinya keadaan badan yang stress ataupun keras akan menyebabkan bahagian tersebut mudah tenggelam dan kurang lancar bergerak dan mungkin menyebabkan stroke tidak seimbangan atau janggal.

Satu kaedah yang saya pelajari dari Guru Total Immersion, Terry Laughlin melalui video beliau yang boleh dimuat turun disini http://www.filesonic.com/file/1716936194/Latihan_Renang_Gaya_Bebas.mp4 sekiranya saudara belum mempunyai video tersebut.

Latihan berdiri statik di tepi kolam dengan membuat stroke tangan dalam air (Freestyle) dalam keadaan badan membongkok sambil tangan mencedok dan mengayun ke belakang mungkin dapat membantu saudara merasai kelembutan ataupun kekerasan bahu apabila selalu dilakukan.

Satu kaedah saya amalkan adalah memberi diri sendiri masa untuk mahir dan bukan meletakkan satu tempoh tertentu untuk mencapai sesuatu tahap kerana yang penting adalah kita enjoy berenang dan beterusan. InsyaAllah dengan kesabaran dan kesungguhan saudara menjalani latihan renang samada bersama jurulatih ataupun  secara bersendirian, saudara akan memperolehi apapun yang dihajati satu masa nanti.

Wassalam dan selamat berjaya..

Meredah Ombak Pantai Air Papan Mersing Johor

Pada 4 dan 5 hb. Disember lepas saya berkesempatan berenang di pinggir  pantai Air Papan, Teluk Godek, Mersing Johor. Memang amat mengujakan bila dapat mengharungi ombak besar berenang ke tengah lautan luas seorang diri sambil diperhatikan anak-anak yang bermain di gigi pantai.

Papan tanda simpang masuk ke pantai Air Papan dari Jalan Mersing - Kuantan
Atas : Pemandangan kiri dan kanan kawasan pantai
Bawah : Anak dan anak saudara bermain ombak di gigi air

Lokasi pantai ini lebih kurang 11km dari bandar Mersing, yang mana kebetulan dalam hari yang sama saya menghadiri majlis perkahwinan anak saudara di Kg. Tenglu yang jaraknya cuma 6.5km dari pantai.

Pada bulan Oktober hingga Mac keadaan laut Cina Selatan bergelora menyebabkan ombak besar dan air laut lebih keroh dari biasa iaitu biru, jernih dan tenang. Walau keadaan cuaca pada masa itu kurang sesuai untuk berenang saya tetap meredahnya untuk merasakan cabaran yang tidak dapat diperolehi dari kolam renang awam.

Hari pertama - Air pasang petang dengan ombak besar setinggi lebih kurang 2m

Saya berenang lebih kurang 1/2 jam di pinggir pantai dari pukul 6.00ptg hingga 6.30ptg. Memang sangat-sangat thrill dan enjoy habis dilambung ombak dan menyusur ombak.


Hari kedua - Air agak tenang dengan ombak kecil setinggi 1m

Hari yang kedua di pantai Air Papan saya menghabiskan masa berenang dari pukul 10pagi hingga 12 tengahari dalam keadaan cuaca yang redup dan nyaman...taklah kulit sunburn

SubhanAllah begitu indah dan damainya suasana percutian saya dan keluarga pada kali ini.

Satu perkara yang menarik minat saya adalah adanya menara Penyelamat Pantai JPA dengan kakitangan yang berkhemah dan terlatih sentiasa meronda dan memerhati keadaan keselamatan pengunjung pantai.
Kiri - Menara Kawalan di tepi pantai
Kanan - Pejabat pentadbiran JPA di belakang menara

Kemudahan awam seperti tandas dan bilik mandi ada disediakan dengan bayaran RM1. Caj untuk parking sekali masuk kawasan ini adalah RM4 sepanjang minggu..mungkin agak mahal juga.

Kiri - Gerai menjual cenderahati 
Kanan - Gerai makan
Kesimpulannya,
Amat berpuas hati dan kami sekeluarga seronok berada di Pantai Air Papan, sekiranya di izinkan Allah mungkin lepas ni menyeberang ke Pulau Tioman yang terletak 2km perjalanan dari jeti Mersing melalui perkhidmatan bot.

Sunday, 20 November 2011

Mengenali Tugas dan Tanggungjawab Penyelamat (Lifeguards)


Mungkin anda pernah menonton siri tv "Baywatch" tak lama dulu yang memaparkan cerita berkenaan penyelamatan dan penjagaan kecemasan di pinggir pantai Los Angeles, California USA.


Bezanya di kolam awam mahupun pantai di Malaysia, penyelamat kita memakai pakaian yang lebih sopan dan tidak menjolok mata. Bagaimanapun tanggung jawab mereka tetap sama walau di manapun mereka berada.

Penyelamat mempunyai kemahiran yang tinggi dan tanggungjawab yang mencabar iaitu untuk menjaga, mencegah dan menyelamat nyawa. Kemahiran-kemahiran mereka adalah seperti :-

- Bagaimana mengenal pasti bahaya yang mendatang
- Bagaimana mengenal kemalangan
- Bagaimana untuk menguruskan kemalangan dengan kemahiran
- Bagaimana untuk memikirkan secara kritikal akibat daripada situasi yang mendatang
- Bagaimana melindungi keselamatan individu dan kebaikan perilaku
- Bagaimana menjadi seorang yang professional

Salah satu video kaedah penyelamatan oleh Lifeguard

Kelayakan asas untuk menjadi penyelamat :
1. Minat
2. Kesungguhan
3. Kebolehan berenang [sebarang gaya] sejauh 100 meter di bawah 3.30 minit
4. Menghadiri kursus latihan yang disediakan dari Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [PPKM] sebagai satu organisasi yang dipercayai untuk Menyelamat Kelemasan di Malaysia dengan bergabung di bawah Persekutuan Menyelamat Kelemasan Antarabangsa [ILS – International Life Saving Federation]
5. Menduduki Ujian Teori dan Praktikal

Terdapat beberapa individu dan syarikat yang bertauliah untuk menyediakan skim latihan dan persijilan Penyelamat Kelemasan Malaysia (sila semak pada  bahagian Kelas Renang Persendirian)


SILIBUS PENYELAMAT KELEMASAN

PENGENALAN

1.1. Penerangan atas menyelamat kelemasan
1.2. Asas program latihan dan proses penilaian kemahiran
1.3. Badan organisasi
1.4. Penerangan statistik kelemasan

SPESIFIK – TERHADAP ALAM SEKITAR

2.1. Kualiti air
2.2. Pergerakan air [semulajadi dan buatan contoh arus, ombak, mesin ombak, keadaan air yang bahaya]
2.3. Tumbuhan dan binatang
2.4. Bahaya semulajadi [tebing, pasir jerlus dll]
2.5. Buatan manusia

PENGURUSAN OPERASI

3.1. Pencegahan kemalangan
3.2. Perlaksanaan sistem isyarat dan bendera
3.3. Komunikasi dan perhubungan dengan perkhidmatan bantuan kecemasan

PENYELAMATAN NYAWA

4.1. Pengetahuan peribadi dalam pemahaman kemahiran dan keperluan
4.2. Pengetahuan terhadap sistem keselamatan
4.3. Sikap peribadi
4.4. Perhatian kepada peraturan dan laporan


PENYELAMATAN MANGSA DI DALAM AIR

5.1. Mengenalpasti keadaan kemalangan, jenis kecederaan dan tempat
5.2. Komunikasi dan perhubungan dengan perkhidmatan bantuan kecemasan
5.3. Cara-cara penyelamatan dan senggara seperti :-
5.3.1. Penyelamatan dari darat
- Tempat selamat untuk aksi hulur dan baling alatan menyelamat
5.3.2. Penyelamatan dari air
- Tempat selamat untuk aksi masuk, cecah/renang dan tunda dengan atau tanpa alatan menyelamat dan menghadapi mangsa dan renang/tunda dengan atau tanpa alatan menyelamat dengan aksi pelepasan .
5.4. Pemulihan mangsa dan mengusung ke tempat selamat
5.5. Teknik mencara dan menyelamat di bawah air
5.6. Mengenalpasti situasi kemalangan yang memerlukan teknik dan peralatan khas seperti pengurusan ke atas kecederaan spinal cord
5.7. Laporan dan rekod
5.8. Pengetahuan dan kefahaman atas peralatan penyelamatan seperti di dalam pelan kecemasan

KEMAHIRAN PERUBATAN

6.1. Pengetahuan dan pengendalian yang betul terhadap perubatan kecemasan termasuk CPR dan Pengurusan Spinal
6.2. Pengetahuan dan pengendalian peralatan perubatan kecemasan
6.3. Pengetahuan terhadap peraturan-peraturan tertentu yang berkaitan
6.4. Komunikasi dan perhubungan dengan perkhidmatan bantuan kecemasan dalam penghantaran mangsa

SILIBUS KEMAHIRAN
KESELAMATAN DI AIR & PENILAIAN SITUASI


7.1.1. Menjawab 6 soalan atas Keselamatan Di Air dan Prinsip & Kaedah Penyelamatan
7.1.2. Pemeriksa akan menyediakan situasi terbuka kecemasan di air. Calun dikehendaki tindakan yang perlu dilakukan.
7.1.3. Soalan keseluruhan kursus seperti berikut

PERALATAN KECEMASAN

7.2.1. Pemulihan Pernafasan
: Kejayaan atas ujian pemulihan pernafasan

7.2.2. CPR

: Pengendalian peralatan CPR
: Demonstrasi CPR – Dewasa
: Demonstrasi CPR – Kanak-Kanak
: Demonstrasi CPR – Bayi
7.2.3. First Aid: Demonstrasi Bantu Mula

UJIAN DI AIR

7.3.1. Penyelamatan Hulur [Reach Rescue]
* Dalam situasi mangsa tergelincir dan jatuh di dalam air daripada tepi sedalam 2 meter.
: Dengan menggunakan alatan seperti pakaian, demokan secara hulur dan memberitahu bagaimana untuk memanjat keluar daripada tebing

7.3.2. Penyelamatan Membaling [Throw Rescue]
* Mangsa menghadapi kesusahan di dalam air yang dalam berada sejauh 10 meter dari tebing.
: Demokan penyelamatan membaling dengan menggunakan tali dan menyelamatkan mangsa dalam situasi yang selamat
: Ketetapan masa adalah satu minit bermula dengan tali yang tidak terurus diletakkan di atas lantai dan berakhir dengan tali sampai kepada mangsa di dalam air.

7.3.3. Penundaan Silang Dada [Cross Chest]
* Dalam pakaian penuh, masuk dalam air cetek dan berenang 20 meter kearah mangsa
: Demokan aksi Reverse dan calm – reassure – dan ambil mangsa daripada belakang. Tunda mangsa balik dengan menggunakan Tunda Silang Dada [Cross Chest] dan membantu mangsa ke daratan

7.3.4. Penundaan Guna Alat [Towing with Aid]
* Mangsa yang sedar di dalam kesusahan di air dalam sejauh 50 meter. Hanya peralatan tanpa apungan sahaja yang ada
: Dengan menggunakan alatan tersebut, masuk air, berenang 50 meter ke arah mangsa dan tunda mangsa balik dengan masa :
A] Lelaki : 3 minit
B] Perempuan : 3 minit 15 saat

7.3.5. Penyelamatan Bercampur [Combined Rescue]
: Masuk air cetek dan berenang sejauh 20 meter. Selam dan mencari di bawah air sejauh 5 meter untuk membawa naik objek seberat 4 kg di kedalaman 1.8 meter
: Semasa pencarian tersebut, demokan aksi kaki dulu dan kepala dulu semasa menyelam [surface dive]
: Tukarkan objek tadi dengan mangsa yang di anggap tidak sedar dan tidak bernafas
: Tunda ke tepian yang terdekat dengan ampu di air dalam [support in deep water]
: Demokan penyelamatan mulut ke mulut [EAR] sebanyak 3 pusingan
: Tunda ke air cetek dan sambung EAR sejauh 5 meter
: Daratkan mangsa dan letakkan di dalam Posisi Pemulihan [Recovery Position].

7.3.6. Kesusahan [Difficulties]
* Mangsa di dalam kesusahan di air dalam, 50 meter daripada tepian. Tiada alat bantuan di sekitar
: Masuk air dengan aksi Straddle Jump
: Renang 50 meter kearah mangsa
: Demokan aksi halangan dan menyelamat dengan Tunda Dagu [Chin Tow] sejauh 50 meter
: Masukkan demo mengurus mangsa mengelupur [double restraints]
: Di penghujung tundaan, ampu mangsa dan dengan isyarat Pemeriksa, bantu mangsa daratkan ditempat dalam.

7.3.7. Pelepasan [Releases]
: Demokan aksi yang berkemungkinan terjadi di dalam kolam renang yang sesak
: Demokan 3 jenis pelepasan seperti yang diarahkan oleh Pemeriksa diikuti dengan 3 teknik tundaan sejauh 25 meter

  p/s : sebahagian rencana di atas dipetik dari laman http://heimswim.blogspot.com
 
Beberapa Nota berguna berkenaan Lifeguard :


2011 Freshwater Lifeguard Manual

NAS Lifeguard Textbook
2011 OceanBeach Lifeguard Manual





Saturday, 19 November 2011

Program Berenang Remaja Desa Saujana 2011


Pagi ni 19/11/2011 saya telah membawa anak2 remaja Desa Saujana :-

1. Muhammad Faris
2. Ahmad Nabil
3. Muhammad Nabil Fathir
4. Muhd. Amirul
5. Muhd. Syadiq
6. Ahmad Farhan (Anak)

Kami berenang di Kolam renang Precint 6, Putrajaya dari 9.00pg-11.00pg.
Sambil-sambil saya mengajar asas renang freestyle dengan dibantu anak (Ahmad Farhan).



Sekirannya remaja yang lain berminat join boleh berhubung dengan Ahmad Farhan. InsyaAllah kita boleh tetapkan tarikh dan masa untuk sesi kedua nanti.

...dipetik dari facebook Desa Saujana

Friday, 11 November 2011

Video Seminar Renang Gaya Bebas

Ini adalah video sambungan daripada renang gaya bebas peringkat asas ke tahap pertandingan Thriathlon.
Bagaimana kita dapat belajar kaedah berenang yang lebih efficient dan mencapai jarak yang maksimum.

Video: Avi 352x240 29.97fpsAudio: 
MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 96kbps

Monday, 31 October 2011

Jawapan Kepada mrLowprofile

From: mr lowprofile <mrlowprofile@gmail.com>
To: farhil3@yahoo.com
Sent: Monday, October 31, 2011 3:14 PM
Subject: Berminat untuk berkongsi ilmu pengetahuan renang ..

Assalamualaikum ..

Harapnya email saya tidak di delete terus ke junk email. Saya amat taksub dengan pembelajaran renang tuan menerusi laman web/youtube. saya sendiri tidak pandai belajar berenang walau seribu kali saya baca melalui web / buku .. saya masih mencuba dan akan terus mencuba sebagai dorongan kepada anak2 saya yang takut akan air .. mohon kerjasama tuan agar dapat berkongsi dengan saya pengalaman dan juga pembacaan bersesuaian untuk dijadikan rujukan. sehingga kini saya masih mencuba untuk teranpung di dalam air ... 

Jawapan :

W'aalaikumsalam wbt. Tuan,
InsyaAllah saya boleh cuba membantu mana yang mampu berdasar pengalaman berlajar berenang sendirian.

Melalui pengalaman saya bermula berenang dari 0, saya belum pun membaca ataupun melihat videoYoutube dari Internet pada pertama kali saya turun ke kolam renang (1st. kolam Precint 16, Putrajaya).

Sama seperti Tuan, Perkara pertama yang terlintas di kepala adalah niat dan semangat untuk melihat anak-anak saya (lelaki semua) pandai berenang, lebih2 lagi mereka menghadapi penyakit Asthma dari kecil..ada rakan yang memberitahu bahwa berenang dapat menyembuhkan penyakit Asthma.


Memang benar apa yang dikatakan rakan saya itu tetapi ianya memakan masa dan proses yang berterusan di samping memupuk keseronokan anak2 bermain di kolam renang pada mulanya. Saya terfikir untuk anak2 pandai berenang mesti mendapat sokongan dan dorongan dari ayah mereka sendiri, dari sini keazaman saya semakin memuncak untuk menguasai skill berenang. Menggunakan kemudahan Youtube dan Internet saya download sebanyak-banyak video dan e-book berkenaan berenang yang mana sebahagian daripadanya saya share-kan dlm blog http://sukarenang.blogspot.com.


Memang bukan dengan sekali membaca e-book dan melihat video Youtube skill tersebut akan datang dan kita terus pandai berenang, tetapi saya membaca dan menonton video berenang berpuluh kali (tak kira  tapi  sampai sekarang pun saya masih ulang membaca dan menonton bahan yang sama)

Strategi saya pada peringkat awal ialah rutin turun kolam renang 3x seminggu (tanpa anak2) dan 1x bersama mereka pada hujung minggu. Jumlah sesi renang saya secara sendirian tak kurang dari 3x seminggu.
Kenapa ? sebab bagi saya apabila belajar bersendirian adalah lebih fokus tanpa perlu risau tentang keselamatan mereka ketika bersama kita. Lebih kerap kita turun kolam renang lebih banyak dan beterusan perkara baru yang kita pelajari.

Apabila saya kata "pelajari" bagi diri saya ialah self learning & self development termasuk kaedah try & error.
Cikgu saya adalah melalui pembacaan dan video berenang pada awalnya Youtube. Saya mencadangkan sila download bahan2 yang berikut dari link di bawah :-

2. Buku panduan belajar renang freestyle Total Immersion  : http://www.filesonic.com/file/1717321114/Gaya_Bebas_cara_mudah.pdf
3. Video renang freestyle Total Immersion (buku panduannya no.2) : http://www.filesonic.com/file/1716936194/Latihan_Renang_Gaya_Bebas.mp4 

Kaedah pertamanya lihat dan pelajari video di atas dan simpan dalam fikiran apa yang anda dengar dan lihat.
Cuba praktiskan bila turun ke kolam renang apa yang anda ingati dari video tersebut bermula dari Step 1.

Rasakan apa yang dilakukan dan dikatakan oleh jurulatih di dalam video tersebut bila anda berada di dalam kolam. Setiap sesi tak perlu mencuba semua step sekali harung, cuba ulang dan ulang setiap step sehingga anda dapat melakukannya, kemudian baru berpindah ke step yang berikutnya.

Sehingga itu saya ucapkan selamat berjaya dan mencuba tanpa jemu, sila reply kepada saya result anda ataupun soalan2 lain pun no problem.

Terimakasih.

Wassalam. 





Saturday, 29 October 2011

Kecederaan dan Kesakitan Berenang

Tempoh 3 tahun saya melakukan aktiviti renang telah banyak memberi kesan yang sangat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal,sama ada dari segi yang zahir mahupun yang batin , Segalanya berubah dan bertambah "power" dari sebelumnya.

Namun tidak dinafikan aktiviti renang juga mempunyai risiko dan kesan sampingan yang menyebabkan kecederaan ataupun kesakitan berpanjangan jika kita tidak mengetahuinya dan tidak berusaha mencegahnya.

Pengalaman sakit paling serius...pada Jun 30, tahun 2009 :
Saya mendapat jangkitan penyakit "Bilateral Maxillary Sinusitis" ataupun kata melayu-nya Resdung.(Sebelum ini tak pernah ada sejarah resdung)

Sebab :
- Jangkitan kuman pada rongga hidung dan telinga dari air kolam...akibat kurang mengambil perhatian semasa membilas badan selepas tamat sesi renang.

Kesan :
- Demam dan selsema berulang 3-4 kali sebulan tak berhenti.Akibatnya MC/cuti kerja berhari-hari..

Rawatan :
- Dinasihatkan oleh doktor pakar menjalani pembedahan kecil pada bahagian rongga hidung dan telinga untuk membuang bahagian jangkitan yang membengkak dan bernanah.

- Saya menjalani pembedahan kecil di hospital SJMC dengan kos +/- RM9 Ribu. Perghh..3 hari 2 malam
- 3 minggu lepas pembedahan, saya kembali kerap berenang walaupun doktor pernah nasihat kurangkan aktiviti berenang...tapi degil..mana boleh tahan jiwa kacau kalau lama tak jumpa swimming pool.
- Alhamdulillah selepas pembedahan tersebut saya tak pernah mendapat lagi demam dan selsema yang  berpanjangan..kalau adapun sekali sekala kira demam adat je.

Cara saya mengelakkan terkena jangkitan kuman dari air kolam awam :-

a) Baca Bismillah dan Tawakal kepada Allah sebelum terjun kolam .. Bismillah hi Tawakkal tu Allallah..dan seterusnya.

b) Gunakan "Ear plug" getah sumbat ke lubang telinga (harga tak sampai RM10 sepasang). cara selamat mengelakkan air memasuki telinga ketika berenang ataupun menyelam.

c) Selepas habis sesi renang membilas/mandi air bersih jangan lupa untuk membersihkan rongga hidung dan telinga. Caranya :
-Masukkan air mandi bersih ke dalam 2 belah telinga dan keluarkan semula.
-Sama juga dengan rongga hidung..sedut air bersih ke dalam hidung dan hembus keluar.
-Ulang beberapa kali supaya sisa-sisa air kolam yang tinggal keluar semuanya.

d) Jangan berenang di kolam renang yang tidak bersih dan tiada sistem penyelengaraan oleh pihak yang bertanggung jawab. Mungkin air tercemar dengan kuman dan bakteria.

e) Siasat dan dapatkan informasi tentang sesuatu tempat berenang samada kolam awam/swasta ataupun kawasan tasik yang airnya selamat untuk aktiviti berenang

Pengalaman sakit lain yang kurang serius..kadang-kadang bahagian gegendang telinga rasa gatal dan sakit.

Sebab :
- Jangkitan kuman dalam bahagian telinga apabila air kolam terperangkap di dalam kawasan gegendang telinga.

Kesan :
- Telinga rasa berdengung dan sakit apabila tunduk ataupun ketika sujud solat..pada peringkat yang serius boleh membawa kepada pening kepala dan demam.

Rawatan :
- Berjumpa doktor dan diberi ubat demam/tahan sakit, ubat tahan bengkak dan ubat titik telinga dengan kandungan antibiotik(jenama Softradex).
- Selepas itu kalau saya rasa sakit telinga , terus titikkan ke dalam telinga ubat Softradex 4x sehari ..memang berkesan lepas 2 hari sakit hilang.

Selain dari jangkitan telinga dan hidung, apabila kita melakukan aktiviti berenang yang agak kerap..otot-otot pada bahagian bahu, urat belikat, pinggang akan mengalami sakit-sakit sengal ataupun bisa-bisa badan, tetapi bagi saya itu adalah lumrah bersukan cuma dari segi keseimbangannya kita kena mempunyai masa rehat
yang cukup untuk tujuan pemulihan otot-otot dan sendi-sendi. Demikian juga makanan yang berkhasiat dan berzat akan turut membantu proses pemulihan tersebut.

Kesimpulannya ...walaupun terpaksa mengharungi sakit dan cedera akibat berenang di sebab oleh minat yang amat mendalam semua itu tidak menjadi penghalang dan melemahkan semangat untuk meneruskan aktiviti renang apatah lagi ianya adalah salah satu daripada sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk tujuan riadah dan kesihatan.

Berikut adalah rencana mengenai kecederaan dan cara mengatasinya daripada para professional renang :-
1. How to Swim Faster Without Injury
2. Strategies for Preventing Common Swimming Injuries
3. Open Water Swimming Injury Prevention
4. Avoiding Injury While Swimming
5. Swimming Injuries - Children
6. Sports Medicine - Swimming Injuries

ps: Ini adalah kisah dan pengalaman benar penulis dan bukan cerita rekaan semata-mata .

Wednesday, 12 October 2011

Skill Berenang selepas 3 Tahun Berlatih Sendiri

 
Video renang saya yang terkini selepas 3 tahun berlatih sendirian.
Tempat : Pusat Akuatik Precint 6, Putrajaya


 
Berenang bersama Zahid di kolam Renang Bukit Jalil Kuala Lumpur
pada 22/10/2011 (8.30pm-1030pm)


Berenang bersama Farhan di kolam Renang Bukit Jalil Kuala Lumpur 


Setahun yang lalu ...di Precint 6, Putrajaya. Freestyle santai
 

Thursday, 8 September 2011

Regangan (Stretching)


Tahukah anda mengapa kejang kaki kerap berlaku semasa kita berenang? Jawapannya kerana kita tidak melakukan regangan (stretching) sebelum turun berenang.Otot dan sendi kita terkejut dengan aktiviti di luar kebiasaan dimana berenang memerlukan seluruh anggota bekerja secara sistematik dan tenaga tambahan diperlukan pada masa ini.

Untuk kita mencegah sebarang kecederaan fizikal terutamanya pada bahagian otot, kita perlu meregangkan bahagian otot-otot tertentu terlebih dahulu sebelum kita boleh menceburi bidang latihan utama dalam aktiviti sukan itu sendiri. Biasanya, jangka masa keseluruhan latihan regangan ini dilakukan dalam tempoh 10 ke 15 minit.

Selalunya, dalam aktiviti regangan ini, kita akan melenturkan satu demi satu anggota badan bermula pada bahagian leher dahulu dengan diikuti bahagian tangan, pinggang dan akhir sekali kaki. Bagi setiap aktiviti regangan, ia dilakukan dengan melenturkan anggota badan itu di sendinya secara perlahan-lahan sehingga kita terasa sedikit kesakitan atau keperitan dan kemudian itu kita menahan lenturan itu pada suatu kedudukan yang paling jauh atau terdaya secara statik dalam tempoh 10 hingga 30 saat. Selanjutnya, kita hendaklah ulangi pergerakan lenturan itu sebanyak 2 atau 3 kali sebelum kita boleh berpindah ke satu atur acara lenturan yang lain pula.

Meregangkan otot akan menambahkan kelenturan secara menyeluruh pada beberapa anggota sendi kita. Sukan renang adalah antara aktiviti latihan yang memerlukan pelbagai kelenturan pergerakan supaya kita boleh melakukan berbagai-bagai kuak atau gaya renang dengan terbaik dan sempurna. Contohnya, perenang tidak akan boleh berenang dengan terbaik dan terpantas jika anggota badannya keras dan sengal.

Justeru itu, semua perenang tanpa mengira had umur mereka seharusnya membuat latihan regangan sebelum dan selepas sesuatu sesi latihan renang, sama ada di darat atau di air bagi mengekalkan dan memperbaiki kelenturan keseluruhan anggota badan perenang.

Dibawah ini disediakan cara yang mudah untuk membuat regangan :-

Cara Regangan Ian Thorpe

Video: Avi 720x400 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 127kbps


Cara Regangan Lindsay Benko


Video: Avi 720x480 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 192kbps
Muat Turun disini

Cara Regangan dari Youtube

 



Saturday, 3 September 2011

Triathlon (Swim,Bike,Run)


A triathlon is a multi-sport event involving the completion of three continuous and sequential endurance events. While many variations of the sport exist, triathlon, in its most popular form, involves swimming, cycling, and running in immediate succession over various distances.

Triathletes compete for fastest overall course completion time, including timed "transitions" between the individual swim, bike, and run components.

Triathlon races vary in distance. According to the International Triathlon Union, and USA Triathlon, the main international race distances are :

1. Sprint distance (750m swim, 20km bike, 5km run)

2. Intermediate/Standard distance, commonly referred to as "Olympic distance" (1.5km swim, 40km ride, 10km run)

3) Long Course (1.9km swim, 90km ride, 21.1km run) such as the Half  Ironman

4) Ultra Distance (3.8km swim, 180km ride, and a marathon: 42.2km run)

The most recognized branded Ultra Distance is the Ironman triathlon.

Transition areas are positioned both between the swim and bike segments (T1), and between the bike and run segments (T2) and are where the switches from swimming to cycling and cycling to running occur.

These areas are used to store bicycles, performance apparel, and any other accessories needed for preparing and for the next stage of the race. The time spent in T1 and T2 is included in the overall time of the race.

Transitions areas can vary in size depending on the number of participants expected for the race. In addition, these areas provide a social headquarters prior to the race.

The nature of the sport focuses primarily on persistent and often periodized training in each of the three disciplines, as well as combination workouts and general strength conditioning.


Triathlon Event in Malaysia :





Triathlon Swimming Technique:


303Mb
Video: Avi 640x480 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 192kbps
Muat Turun disini

Open Water Swimming Technique :

   Open water swimming can be one of the most exhilerating and spectacular experiences. Or...it can be an intimidating and fearful one. What you do in preparation for open water swimming can have a big effect on how enjoyable your experience will be. Led by personal multi-sport trainers Michael Collins and Gerry Rodrigues, Open Water Swimming-Skills, Techniques, & Racing Tips takes you through the steps and skills, both fundamental and advanced, needed to perform to the best of your ability while enjoying open water and triathlon competitions. From the sandy shores of Southern California, to triathlon competitions worklwide, Open Water Swimming is a unique training guide for all levels of swimmers and triathletes. Collins and Rodrigues demonstrate fundamental swimming skills, course evaluation and advanced skills and racing techniques in an easy to follow interactive DVD format.
  
 413Mb
 Video: DivX 5 624x480 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 192kbps




Friday, 2 September 2011

Mengajar Baby dan anak Kecil Berenang


Water, babies, laughter, and learning to swim… it’s an unbeatable combination.
When approached in a nurturing, child-friendly way, baby swimming offers your child numerous benefits, including boundless joy and increased self-esteem and confidence.

It enhances your baby’s physical and personal development, resulting in a happy, healthy, and well-adjusted child. Our journey begins with an important first step—an informed parent.

The goal of this chapter is to help you become a confident, active, and trusted learning partner for your child.





Thursday, 1 September 2011

Kaedah Berenang Gaya Bebas yang Lancar

The Swim_Smooth_DVD_Boxset "Clean-up Your_Stroke!" is the superb swimming program specifically for triathletes and open water freestyle swimmers. Use the DVDs and included Training Program to help you improve your swimming technique and so SPEED and EFFICIENCY through the water.
The program consists of two DVDs and one CD-ROM packed with over 2?hrs of information to help you swim Smoother and Faster in no time. No other swimming training package on the market is as comprehensive and gives you three-times the value in one easy-to-use swimming guide. 

DVD 1 - Stroke Technique Correction

Swim Smooth prides itself on providing a totally comprehensive training package which gives you over 30 pool based drills, neatly divided into 7 specific areas of freestyle stroke technique:

- Breathing
- Head Position
- Leg Kick
- Body Roll
- Arm Recovery
- Hand Entry
- Catch and Pull

The first DVD features swimming and drill demonstrations by Sydney Olympic Gold Medallist, Bill Kirby OAM. Swim Smooth Head Coach Paul_Newsome provides observation and instruction backed by the guidance and bio mechanical knowledge of Swim Smooth's physiotherapist, Michelle Smith.

The first disc also contains many demonstrations of the common mistakes you should look out for within your own stroke technique. Using our straightforward 'Cause And Effect' approach to stroke correction, we'll show you the underlying cause of each stroke problem - it's often not obvious! Then we'll show you the best drills and visualisations to fix that underlying problem.

DVD 2 - Open Water Swimming Technique

The second DVD contains specific open water swimming drills and exercises to make sure you can transfer the improvements you've made in the pool into an open water race environment. Don't underestimate how important this is!

DVD1-509Mb 
Video: MP4 Video (H264) 426x320 29.97fps
Audio: AAC 48000Hz stereo 1536kbps

 
DVD2-358Mb 
Video: MP4 Video (H264) 426x320 29.97fps
Audio: AAC 48000Hz stereo 1536kbps


Cara Terapung di Dalam Air

Kebolehan untuk terapung di dalam air merupakan cita-cita semua orang samada yang tidak pandai berenang ataupun yang baru mula belajar berenang (secara sendirian). Kerap kali kita mendengar alasan orang yang takut untuk belajar berenang kerana mereka tidak tahu terapung dalam air.

Dibawah ini ditunjukkan satu kaedah Keapungan "Egg Beater", dimana keseluruhan kepala berada di atas permukaan air bersama-sama kedua tangan diangkat ke-atas. Bagi mereka yang baru belajar berenang, teknik ini mungkin terlalu sukar dan tidak menjadi apabila dilakukan. Kebiasaannya bagi mereka yang telah mahir dan yakin dengan air dapat melakukannya tanpa banyak masaalah.

EggBeater-1

EggBeater-2

EggBeater-3

Satu lagi cara yang mudah diikuti dengan kaedah kayuhan kaki Breaststroke bersama-sama kuakan tangan.


Satu lagi video menarik bagaimana anak-anak belajar apungan untuk survival .



Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Kepada pengunjung muslim diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada 30hb.Ogos 2011.
Semoga bulan Ramadan yang dilalui menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa kepada Allah swt.

Selamat pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing dan selamat kembali ke rumah anda.
Pandulah kenderaan dengan kesabaran dan keimanan, semoga anda selamat sampai ke destinasi yang dituju. Amin.

Sunday, 28 August 2011

Cara Download File dan Video Dari Filesonic.com

Sebagai panduan untuk muat turun ebook ataupun video file yang terdapat dalam blog ini sila tonton video Youtube yang berikut :-

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk muat turun dari filesonic.com

Pecutan Gaya Bebas Roland_Schoeman

Sekiranya anda ingin merasai kelajuan berenang gaya bebas, Roland_Shoeman adalah orang yang pakar dalam bidang ini. Saksikanlah dan pelajarilah bagaimana beliau melakukan latihan yang intensif dalam video ini.

338Mb (46.55min.) 
Video: Avi 352x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 96kbps



Saturday, 27 August 2011

Renang Santai / Rekreasi

Renang rekreasi dianggap oleh banyak orang sebagai cara melegakan diri serta senaman penuh badan yang baik. Banyak gaya renang adalah sesuai untuk renang rekreasi.

Kebanyakan perenang rekreasi lebih menyukai gaya yang mengekalkan kepala mereka di atas permukaan air, dengan pemulihan lengan di bawah air.

Kuak dada,  Kuak sisi, dan 'Kuak anjing mengayuh' merupakan gaya yang paling biasa digunakan dalam renang rekreasi, tetapi pemulihan lengan di luar air dalam gaya bebas atau gaya rama-rama membekalkan kelebihan yang diberikan oleh perbezaan rintangan antara udara dengan air.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Renang)

Beberapa contoh video renang santai yang anda boleh pelajari.

26.8Mb 
Video: Avi 640x352 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 123kbps



6.98Mb
Video: Avi 624x352 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 48000Hz stereo 127kbps



Pernafasan dalam Berenang

Satu perkara yang paling penting dalam renang iaitu bernafas semasa berenang merupakan faktor kejayaan seseorang untuk melangkah ke tahap yang seterusnya sebelum bermula mana-mana kuak yang umum ( Breaststroke, Freestyle, Backstroke atau Butterfly stroke ).Video yang berikut boleh menjadi panduan bagaimana kita belajar bernafas semasa berenang.

 413Mb
Video: Avi 320x240 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 128kbps


Nothing is more essential to a swimmer than air. Yet few swimmers truly understand how to breathe efficiently. Not just to get air, but to integrate breathing seamlessly with the stroke. Breathing is sometimes viewed as a liability or inconvenience, but when you do it right, breathing can actually make your stroke better. This DVD shows you how.

Contents:

Introduction – Learn the two key skills of breathing: (1) Head-Spine Alignment and (2) Breathing with body movement.

Water Bowl Exercises – Invaluable if you’ve never been comfortable in water. Useful for understanding subtleties you probably missed before, if you’re already a skilled swimmer.

Shallow Water Exercises – Separate critical breathing skills from stroking. Rehearse them in simple ways. Breathe more efficiently as a result.

Breathing Skills in Drills - A simple breathing technique that helps you drill better. And an advanced breathing technique that helps you transition from drill to swim better.

Whole Stroke Breathing Skills – A detailed study with focal points for practice of breathing technique for Freestyle, Breaststroke and Butterfly.