Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Wednesday 11 April 2012

Laporan Openwater Swimming serie2/2012

Sebahagian perenang sempat bergambar selepas selesai sesi berenang, sebahagian lagi telah pulang awal
Tarikh : 11/4/2012 - Rabu (Cuti Keputeraan Yang Dipertuan Agong)
Masa  : 9.00pg-12.30tgh
Lokasi : Jeti Pantai Cahaya Negeri (sebelah Bayu Beach Resort) Port Dickson, NS.
Kehadiran : 20 orang perenang + 10 ahli keluarga
Jarak Renang : 2km-5km

Program anjuran group fb/Berenangitubest telah dihadiri dari kalangan ahli sukan Triathlon, Cikgu2 Swim school, 3 anggota SMART dan ahli renang perseorangan. Kali kedua dianjurkan ramai yang hadir lebih kurang 2 kali ganda dari sesi pertama dahulu. 

Sambutan kali ini begitu memberangsangkan dan ramai lagi yang berhasrat untuk mengambil bahagian pada sesi yang ke-tiga nanti di bulan May (akan ditentukan tarikh). Suasan program begitu meriah dan mencabar dengan keadaan laut yang berombak dan langit mendung. Sesi di akhiri dengan mengambil photo beramai2 di kaki laut Port Dickson.

Semoga program ini dapat kekal berterusan dan memberi banyak manfaat kepada semua ahli/friends BIB (berenangitu best) juga kepada masyarakat dan umumnya kepada negara. Majulah Renang Untuk Negara.

Jutaan Terimakasih kepada swimmer dan supporter yang telah menjayakan program kali ini. 
Perkembangan lanjut boleh diikuti di https://www.facebook.com/berenangitubest?sk=wall

(Admin fb/Berenangitubest)
12/4/2012

No comments:

Post a Comment