Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Friday 24 February 2012

Open Water Swimming Session Serie 1/2012

Mari-mari kita berenang kat PD beramai2 dalam program yang dianjurkan oleh :-
Swimming Route: Port Dickson
Bayu Beach up to Avillion Bungalow
Jarak: dari 500m - 4km
Keselamatan: 2 kayak utk setiap 10 perenang

Aturcara:
7.30 pagi - Berkumpul di tepi jeti Pantai Bayu Beach resort & warm up2
9.00 pagi - Acara renang dimulakan
10.00 am - Tamat & makan2
11.00 am - Bersurai

Kelengkapan:
~ baju renang
~ swim cap (lebih baik guna kaler terang)

Kondisi air:
Dijangka air akan mulai pasang pada jam 9.00 pagi. waktu tu acara renang patut dah dimulakan. Tahap kedalaman antara 1.8m - 2.5m

Bayaran:
lebih kurang RM15 (utk sewa kayak & makan selepas swim). Baki akan dipulangkan semula selepas tolak2 bayaran yang berkenaan.

Swimmer2 yang berminat untuk latihan Kapas Marang Swimathon 2012 boleh join serie 1 ataupun serie 2 yang dicadangkan pada 24hb. Mac 2012 nanti. Boleh rujuk perkembangan lanjut disini :- https://www.facebook.com/berenangitubest

Update Photo selepas tamat program dengan jayanya :-

Senior dan Junior swimmer bergambar sebelum turun ke laut.

Stretching beramai2 dipimpin oleh Cikgu Azlinawati

Cikgu MohdBadzli tengah turunkan ilmu pada anak murid

 Bodyguard atas kayak mengiring swimers ..Safety First

Puteri Berendam dengan 2 Bodyguard

Nota :
1. Secara keseluruhannya program ni memang happening ,enjoy dan well managed by Organizer.
2. Gabungan cikgu2 kelas renang sekitar lembah Klang dan Putrajaya bekerjasama menjayakan program ini.
3. Penulis menggunakan kesempatan ini mempraktikkan skill sighting semasa swimming juga dapat rasa sedikit confident sighting tanpa menjejaskan rentak swimming.

1 comment:

  1. pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya. <---- assalammualaikum bang saya baru register untuk serie 2/2013 open water swimming. saya takde pengalaman di sana . baru je nak training nak try 6km. takde cikgu.. cemana bang ? renang saya puyn tak berpa elok sangat. saya kat KL . hahaha takut tak sempat abis

    ReplyDelete