Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Sunday 1 January 2012

Video Latihan Renang di Bukit Jalil

Pada malam 31hb. Dis.2011 8:00-10:00pm saya dan 2 orang anak telah berkunjung ke Pusat Akuatik Bukit Jalil untuk berenang dan membuat rakaman video latihan renang yang saya lakukan sendiri.
Bersama anak (Fahmi) yang sama-sama berenang

Kebetulan pula pada waktu itu tidak ramai pengunjung yang hadir mungkin disebabkan sibuk dengan malam sambutan Tahun Baru 2012 jadi memang kami bertiga sahaja akhirnya yang tinggal sehingga pukul 9:30pm bila pengunjung yang lain balik.

Kesempatan ini saya gunakan untuk membuat rakaman video yang boleh kita kong si bersama-sama.

1) Regangan
    Amat penting untuk melakukan regangan (stretching) sebelum memulakan aktiviti berenang. Tujuannya ialah untuk mengelakkan otot-otot badan menjadi kejang atau sakit semasa berenang, seperti engine kereta di awal pagi yang biasa kita panaskan dahulu sebelum keluar memandu.Demikian juga dengan badan kita sebelum berenang.



2) Kaedah Pernafasan
    Menarik nafas di atas air melalui mulut dan hidung dengan secepat dan sepenuhnya kemudian masuk ke dalam air dengan mulut tertutup terus menghembus nafas melalui hidung secara semula jadi bukan dengan paksa.Tujuannya adalah untuk mendapatkan keselesaan dan menyimpan tenaga dari menghembus nafas secara paksa.

3) Kaedah Menyelam
    Menyelam bagi mereka yang telah pandai berenang memang sesuatu yang menyeronokkan, lebih dalam dan lebih lama menyelam lebih tinggi lagi latihan dan cabarannya.

   Bagaimanapun untuk mencapai sesuatu target itu kita perlu sentiasa dan berterusan berlatih melalui kaedah kawalan pernafasan yang betul dan teknik kawalan minda bagaimana berada pada paras bekalan udara yang sedikit ketika berada dibawah permukaan air.


4) Kaedah Apungan
    Saya suka melakukan kaaedah apungan yang dipelbagaikan tidak terhad kepada satu kaedah sahaja kerana apa yang penting adalah untuk dapat bernafas dan bertahan ketika berada di tengah-tengah kawasan air atau laut.

   Cuba bayangkan sekiranya tidak terdapat apa-apa objek atau benda untuk dipegang atau dipaut sebagai pelampung bagi menyelamatkan diri maka kita akan lemas juga akhirnya.

5) Kaedah Renang Sisi ( Side Stroke )
   Salah satu kaedah renang yang santai dan dapat menjimatkan tenaga untuk di paktiskan selain daripada 4 jenis stroke yang telah popular sejak lama dulu.

   Untuk melakukan renang sisi pada peringkat awalnya adalah agak susah dilakukan kerana ianya memerlukan kombinasi tangan kaki dan badan yang berkesan barulah ianya boleh berjaya dilakukan.



6) Kaedah Renang Penyelamatan Mangsa
    Ini adalah kombinasi renang sisi mengunakan sebelah tangan dan sebelah lagi membawa/memegang mangsa untuk dibawa ke tempat selamat. Kaedah ini agak sukar dan menggunakan banyak tenaga, tetap sekiranya selalu di buat latihan ianya akan menjadi mudah dan berjaya dilakukan.


7) Membina Skill dan Stamina Jarak Jauh
    Adalah seronok dan mengujakan untuk dapat berenang jarak jauh dalam keadaan yang selamat dan menjimatkan tenaga. Skill ini dapat dibina dengan kombinasi stroke yang betul dan persiapan mental yang tinggi barulah kita dapat melakukannnya dengan jaya.

 

8) Bapa Borek Anak Rintik
    Bila sang bapa masyuk dengan berenang anakpun jadi mabuk berenang. Sebahagian video dari skill yang dibina bersama-sama dalam sesi latihan kami.

Fahmi dengan Gaya bebas (Freestyle)..masih banyak ruang utk improvement


Fahmi dengan gaya Kuak Dada (Breaststroke)..belum cukup sempurna

Farhan dengan gaya Bebas (Freestyle)..banyak improvement

Farhan dengan gaya kuak Dada (Breaststroke)..juga perlu lebih improvement

p/s: semua video ini dirakamkan oleh Farhan, Fahmi dan Sazali secara berganti-ganti menggunakan camera Panasonic Lumic DMC-FT3

No comments:

Post a Comment