Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Thursday, 8 September 2011

Regangan (Stretching)


Tahukah anda mengapa kejang kaki kerap berlaku semasa kita berenang? Jawapannya kerana kita tidak melakukan regangan (stretching) sebelum turun berenang.Otot dan sendi kita terkejut dengan aktiviti di luar kebiasaan dimana berenang memerlukan seluruh anggota bekerja secara sistematik dan tenaga tambahan diperlukan pada masa ini.

Untuk kita mencegah sebarang kecederaan fizikal terutamanya pada bahagian otot, kita perlu meregangkan bahagian otot-otot tertentu terlebih dahulu sebelum kita boleh menceburi bidang latihan utama dalam aktiviti sukan itu sendiri. Biasanya, jangka masa keseluruhan latihan regangan ini dilakukan dalam tempoh 10 ke 15 minit.

Selalunya, dalam aktiviti regangan ini, kita akan melenturkan satu demi satu anggota badan bermula pada bahagian leher dahulu dengan diikuti bahagian tangan, pinggang dan akhir sekali kaki. Bagi setiap aktiviti regangan, ia dilakukan dengan melenturkan anggota badan itu di sendinya secara perlahan-lahan sehingga kita terasa sedikit kesakitan atau keperitan dan kemudian itu kita menahan lenturan itu pada suatu kedudukan yang paling jauh atau terdaya secara statik dalam tempoh 10 hingga 30 saat. Selanjutnya, kita hendaklah ulangi pergerakan lenturan itu sebanyak 2 atau 3 kali sebelum kita boleh berpindah ke satu atur acara lenturan yang lain pula.

Meregangkan otot akan menambahkan kelenturan secara menyeluruh pada beberapa anggota sendi kita. Sukan renang adalah antara aktiviti latihan yang memerlukan pelbagai kelenturan pergerakan supaya kita boleh melakukan berbagai-bagai kuak atau gaya renang dengan terbaik dan sempurna. Contohnya, perenang tidak akan boleh berenang dengan terbaik dan terpantas jika anggota badannya keras dan sengal.

Justeru itu, semua perenang tanpa mengira had umur mereka seharusnya membuat latihan regangan sebelum dan selepas sesuatu sesi latihan renang, sama ada di darat atau di air bagi mengekalkan dan memperbaiki kelenturan keseluruhan anggota badan perenang.

Dibawah ini disediakan cara yang mudah untuk membuat regangan :-

Cara Regangan Ian Thorpe

Video: Avi 720x400 25fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 127kbps


Cara Regangan Lindsay Benko


Video: Avi 720x480 29.97fps
Audio: MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 192kbps
Muat Turun disini

Cara Regangan dari Youtube

 



No comments:

Post a Comment