Monday 23 April 2012

Lemas Lepas Tiru Terjunan Rakan - Sinar Harian



PORT DICKSON – Mayat seorang penuntut kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas ketika beriadah bersama enam rakan kolejnya di Pantai Cahaya Negeri ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan.

Rakan mangsa, N Nesaraja, 20, berkata, dia melihat mangsa terjun, berenang dan kemudiannya tenggelam.
Menurutnya, Nazaruddin bersemangat terjun dari jambatan kerana seorang rakan mereka terlebih dahulu terjun dan selamat berenang hingga ke pantai.

“Tidak lama selepas Nazaruddin terjun, saya terdengar dia menjerit meminta tolong sebelum tenggelam.
“Ada yang cuba membantu menyelamatkan Nazaruddin, tetapi kejadian begitu pantas dan dia hilang daripada pandangan sebelum sempat diselamatkan,” katanya.

Nesaraja berkata, pada awalnya dia ada melarang rakannya itu dari terjun ke laut, namun mangsa berdegil dan menyuruhkan tidak risau serta yakin akan selamat setelah melihat rakan mereka yang sudah sampai ke pantai.

Menurut saksi, Mohd Al-Hafiz Mohd Jalaluddin, 26, tidak banyak yang boleh dia lakukan untuk membantu menyelamatkan mangsa.“Ketika itu saya sedang melakukan kerja pembersihan di sekitar pantai sebelum terdengar orang menjerit meminta tolong.

“Saya berlari meminta bantuan daripada orang ramai yang kebetulan ada di kawasan sekitar,” katanya semalam.

Mohd Al-Hafiz yang juga pekerja Majlis Perbandaran Port Dickson berkata, dia tidak pandai berenang dan beberapa saat kemudian, mangsa sudah pun tenggelam.“Ketika itu ada tiga lelaki datang memberikan bantuan, namun gagal,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian lemas seumpama ini adalah yang pertama berlaku di Pantai Peranginan Negara ini untuk 2012.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superitendan Baljeet Singh berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Bilik Mayat Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
NURUL ATIQ AHMAD BANDI
15 Januari 2012
Comment Saya :
Marilah bersama-sama kita tingkatkan kesedaran dan kemahiran di dalam air.
Belajarlah berenang kerana ianya adalah salah satu daripada Sunnah Nabi SAW.

No comments:

Post a Comment