Sunday 1 April 2012

Berlatih Swimathon 3.6km di Port Dickson secara Solo

Tujuan  :
1) Persediaan Swimathon Kapas-Marang 2012
2) Menyelidik laluan cadangan untuk OpenWater Swim serie2 (Group BerenangituBest) pada 11/4/2012

Tarikh :  1/4/2012 (Ahad)
Waktu :  8:00pg-10:00pg

Lokasi :   Jeti Pantai Cahaya Negeri ke Avillion dan kembali ke Jeti
Jarak   :   3.6km (2 hala)
Masa   :  1jam 40minit

Krew   :  Solo
- Plan asal ada satu Jetski officemate nak escort, last minit dia "uzur syarei"...so saya redah je sorang2.

Swim Route :



Pemerhatian :
1. Keadaan laut PD tenang, air masih surut pada pukul 8.00-10.00pg. Kedalaman air di sekitar kawasan Jeti lebih kurang paras paha (cetek).

2. Arus laut bergerak dari arah Utara ke arah Selatan ( Jeti ke Avillion), berenang dalam keadaan mudah dan selesa mengikut arus.Saya mula berenang tepat pukul 8.00pg.

3. Catatan masa diambil dari Jeti ke Avillion ialah 49minit (1.7km)..masih perlahan dan perlu lebih kelajuan lagi. Berenang patah balik ke arah Jeti dalam keadaan melawan arus..maka hasilnya banyak air masin tertelan ke dalam perut (bernafas dan sighting)..bukan tak control tetapi arus yang berombak memukul ke muka dengan kuat kadang2 terlepas juga ke dalam mulut sekali sekala.

4. Catatan masa diambil dari Avillion ke Jeti ialah 51minit (1.9km) dengan menggunakan tenaga yang lebih sepanjang melawan arus..paling sukar ialah semasa nak masuk kembali ke dalam kawasan Jeti, rasa tak sampai-sampai walaupun nampak dah dekat maka saya tambah kuasa renang (pecut) akhirnya selamat mendarat di pantai Jeti pada pukul 9.40pagi.

5. Tanda mercu sebagai rujukan semasa berenang..pokok di hujung kawasan Avillion.

Persediaan (3hari sebelum):

1. Berehat dari latihan berenang 3hari sebelumnya bagi memastikan badan fit dan cukup recovery.
2. Mengelakkan dari terkena selsema atau cirit birit dengan mengawal makanan dengan mengurangkan dan menjauhkan makanan pedas.
3. Makan Vitamin C dan B Complex..orang rumah agent AMWAY..dia yang jadi doctor penasihat saya..kononnya !
4. Sehari sebelum turun PD saya pastikan banyak minum air sekurang-kurangnya 1.5-2 Liter walaupun  berkali2 buang air kecil (Memastikan Hidrasi air dalam badan optimum)
5. Carbo Loading malam sebelumnya saya pekena PIZZA chicken supreme dengan Chicken wing.
6. Masuk tidur awal sikit 10.00mlm dan bangun pukul 5.15pg kemudian bersarapan dengan PIZZA lagi bersama2 dengan air kosong dan tablet Vitamin.
7. Bertolak dari rumah ke PD pada pukul 5.45pg singgah solat subuh di masjid Sepang kemudian drive all the way ke Jeti Pantai Cahaya Negeri..sampai di sana pukul 7.30pg

Kesimpulan :

1. Alhamdulillah dah selamat berenang 3.6km di PD walaupun tanpa pengiring.
2. Pengalaman berenang mengikut dan melawan arus perlunya ada persediaan mental yang kental dan yakin.
3. Selepas selesai berenang badan masih lagi rasa segar dan bertenaga mungkin berkat persediaan awal.
4. Sesi akan datang pada 11/4/2012 ditempat yang sama bersama group Berenanitubest

1 comment:

  1. terima kasih atas info ini dan tips persediaan.

    harap lain kali boleh cuba ajak sorang atau ada kayak pengiring sekurang2nya jika berenang open water. safety first :)

    mas

    ReplyDelete