Friday 27 January 2012

Berenang di Kawasan Terbuka (Laut,Tasik,Sungai)

Berenang di kawasan terbuka boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan sambil menikmati keindahan alam tanpa sempadan 25m ataupun 50m yang terhalang oleh dinding konkrit (kolam renang).
Pecahkan dinding tersebut dengan berenang di luar atau kawasan terbuka seperti laut, tasik ataupun sungai ! Sekiranya anda bersedia..dan ada keberanian !

Relaks…mari kita perkatakan berkenaan berenang di laut.

Adalah penting untuk berasa selesa dan selamat bila berada di laut sebelum kita menikmati keseronokan berenang itu sendiri. Kita perlu memahami apa yang laut boleh lakukan, apa yang kita sendiri boleh lakukan dan perlunya ada keyakinan untuk menghadapi apa jua cabaran yang akan datang dari laut..terminum air masin, terkena bisa obor-obor, terpijak karang dan sebagainya.

Jangan berfikiran bahawa akan ada orang datang menyelamat bila kita mengalami masalah di laut. Lifeguard dan orang lain juga mempunyai batasan untuk menolong itupun sekiranya kita bernasib baik dan mereka berada di sekitar kita.

Bayangkan sekiranya pada waktu sama kita menghadapi kecemasan,5 orang lain menghadapai masaalah sama dan berfikir cara sama seperti kita.. bagaimana? Adakah nasib masih menyebelahi kita?

Fikirkan betul-betul soalan ini kerana jawapannya sangat penting..kepada kita sendiri.
Bolehkah kita berenang berterusan tanpa berehat?
Bolehkan kita mengapungkan diri untuk membetulkan google yang dimasuki air?
Bolehkah kita berenang sekiranya tangan kita terluka atau kaki menjadi kejang?
Bolehkan kita menyelam seketika tanpa rasa cemas dan tertekan?

Jika jawapannya "Ya", Tahniah anda telah lulus cemerlang
Jika jawapannya "Tidak", Dukacita anda gagal sila sambung latihan di kolam bersama-sama cikgu tersayang.

Bukan sesuatu yang ganjil bagi seorang yang mahir berenang mengalami keadaan panik di laut, situasi panik adalah sesuatu yang perlu dihindarkan dan dikawal sepenuhnya. Cabaran mental yang paling besar adalah bagaimana untuk mengekalkan ketenangan diri dalam apa jua keadaan yang berlaku di sekeliling kita.

Kita boleh melakukan breaststroke ataupun mengapungkan diri buat seketika sambil berfikir apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan, bukannya menjadi panik serta hilang punca dalam situasi kecemasan. Cari jalan supaya kita dapat terapung seketika dan memulihkan keyakinan diri.

Jangan berenang bersendirian tanpa rakan semasa menjalani latihan di laut.
Walaupun kita mempunyai keyakinan dan kemahiran renang yang tinggi, masih boleh terjadi sesuatu yang tidak diduga dan waktu itu kita benar-benar memerlukan pertolongan.Di sinilah pentingnya kehadiran seorang rakan renang.

Sekiranya terdapat Lifeguard yang bertugas, beritahu mereka yang kita sedang mengadakan latihan di kawasan berdekatan supaya mereka boleh membantu bila diperlukan.

Sebagai seorang yang berpegang pada prinsip agama, setelah kita mengambil langkah berjaga-jaga dan berusaha mencegahnya maka seterusnya bertawakkal dan berserah kepada Tuhan supaya kita sentiasa dilindungiNya walau di mana sekalipun kita berada.

Seronok tetap seronok tapi yang penting kita memperkemaskan dan mempersiapkan diri dengan skill yang diperlukan untuk berenang di laut atau kawasan terbuka.

Semoga anda selamat dan bergembira berenang di Laut.

rujukan penulisan saya di :
https://www.facebook.com/notes/berenang-itu-best/berenang-di-kawasan-terbuka-lauttasiksungai/347274911958748

No comments:

Post a Comment