Sunday 20 November 2011

Mengenali Tugas dan Tanggungjawab Penyelamat (Lifeguards)


Mungkin anda pernah menonton siri tv "Baywatch" tak lama dulu yang memaparkan cerita berkenaan penyelamatan dan penjagaan kecemasan di pinggir pantai Los Angeles, California USA.


Bezanya di kolam awam mahupun pantai di Malaysia, penyelamat kita memakai pakaian yang lebih sopan dan tidak menjolok mata. Bagaimanapun tanggung jawab mereka tetap sama walau di manapun mereka berada.

Penyelamat mempunyai kemahiran yang tinggi dan tanggungjawab yang mencabar iaitu untuk menjaga, mencegah dan menyelamat nyawa. Kemahiran-kemahiran mereka adalah seperti :-

- Bagaimana mengenal pasti bahaya yang mendatang
- Bagaimana mengenal kemalangan
- Bagaimana untuk menguruskan kemalangan dengan kemahiran
- Bagaimana untuk memikirkan secara kritikal akibat daripada situasi yang mendatang
- Bagaimana melindungi keselamatan individu dan kebaikan perilaku
- Bagaimana menjadi seorang yang professional

Salah satu video kaedah penyelamatan oleh Lifeguard

Kelayakan asas untuk menjadi penyelamat :
1. Minat
2. Kesungguhan
3. Kebolehan berenang [sebarang gaya] sejauh 100 meter di bawah 3.30 minit
4. Menghadiri kursus latihan yang disediakan dari Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia [PPKM] sebagai satu organisasi yang dipercayai untuk Menyelamat Kelemasan di Malaysia dengan bergabung di bawah Persekutuan Menyelamat Kelemasan Antarabangsa [ILS – International Life Saving Federation]
5. Menduduki Ujian Teori dan Praktikal

Terdapat beberapa individu dan syarikat yang bertauliah untuk menyediakan skim latihan dan persijilan Penyelamat Kelemasan Malaysia (sila semak pada  bahagian Kelas Renang Persendirian)


SILIBUS PENYELAMAT KELEMASAN

PENGENALAN

1.1. Penerangan atas menyelamat kelemasan
1.2. Asas program latihan dan proses penilaian kemahiran
1.3. Badan organisasi
1.4. Penerangan statistik kelemasan

SPESIFIK – TERHADAP ALAM SEKITAR

2.1. Kualiti air
2.2. Pergerakan air [semulajadi dan buatan contoh arus, ombak, mesin ombak, keadaan air yang bahaya]
2.3. Tumbuhan dan binatang
2.4. Bahaya semulajadi [tebing, pasir jerlus dll]
2.5. Buatan manusia

PENGURUSAN OPERASI

3.1. Pencegahan kemalangan
3.2. Perlaksanaan sistem isyarat dan bendera
3.3. Komunikasi dan perhubungan dengan perkhidmatan bantuan kecemasan

PENYELAMATAN NYAWA

4.1. Pengetahuan peribadi dalam pemahaman kemahiran dan keperluan
4.2. Pengetahuan terhadap sistem keselamatan
4.3. Sikap peribadi
4.4. Perhatian kepada peraturan dan laporan


PENYELAMATAN MANGSA DI DALAM AIR

5.1. Mengenalpasti keadaan kemalangan, jenis kecederaan dan tempat
5.2. Komunikasi dan perhubungan dengan perkhidmatan bantuan kecemasan
5.3. Cara-cara penyelamatan dan senggara seperti :-
5.3.1. Penyelamatan dari darat
- Tempat selamat untuk aksi hulur dan baling alatan menyelamat
5.3.2. Penyelamatan dari air
- Tempat selamat untuk aksi masuk, cecah/renang dan tunda dengan atau tanpa alatan menyelamat dan menghadapi mangsa dan renang/tunda dengan atau tanpa alatan menyelamat dengan aksi pelepasan .
5.4. Pemulihan mangsa dan mengusung ke tempat selamat
5.5. Teknik mencara dan menyelamat di bawah air
5.6. Mengenalpasti situasi kemalangan yang memerlukan teknik dan peralatan khas seperti pengurusan ke atas kecederaan spinal cord
5.7. Laporan dan rekod
5.8. Pengetahuan dan kefahaman atas peralatan penyelamatan seperti di dalam pelan kecemasan

KEMAHIRAN PERUBATAN

6.1. Pengetahuan dan pengendalian yang betul terhadap perubatan kecemasan termasuk CPR dan Pengurusan Spinal
6.2. Pengetahuan dan pengendalian peralatan perubatan kecemasan
6.3. Pengetahuan terhadap peraturan-peraturan tertentu yang berkaitan
6.4. Komunikasi dan perhubungan dengan perkhidmatan bantuan kecemasan dalam penghantaran mangsa

SILIBUS KEMAHIRAN
KESELAMATAN DI AIR & PENILAIAN SITUASI


7.1.1. Menjawab 6 soalan atas Keselamatan Di Air dan Prinsip & Kaedah Penyelamatan
7.1.2. Pemeriksa akan menyediakan situasi terbuka kecemasan di air. Calun dikehendaki tindakan yang perlu dilakukan.
7.1.3. Soalan keseluruhan kursus seperti berikut

PERALATAN KECEMASAN

7.2.1. Pemulihan Pernafasan
: Kejayaan atas ujian pemulihan pernafasan

7.2.2. CPR

: Pengendalian peralatan CPR
: Demonstrasi CPR – Dewasa
: Demonstrasi CPR – Kanak-Kanak
: Demonstrasi CPR – Bayi
7.2.3. First Aid: Demonstrasi Bantu Mula

UJIAN DI AIR

7.3.1. Penyelamatan Hulur [Reach Rescue]
* Dalam situasi mangsa tergelincir dan jatuh di dalam air daripada tepi sedalam 2 meter.
: Dengan menggunakan alatan seperti pakaian, demokan secara hulur dan memberitahu bagaimana untuk memanjat keluar daripada tebing

7.3.2. Penyelamatan Membaling [Throw Rescue]
* Mangsa menghadapi kesusahan di dalam air yang dalam berada sejauh 10 meter dari tebing.
: Demokan penyelamatan membaling dengan menggunakan tali dan menyelamatkan mangsa dalam situasi yang selamat
: Ketetapan masa adalah satu minit bermula dengan tali yang tidak terurus diletakkan di atas lantai dan berakhir dengan tali sampai kepada mangsa di dalam air.

7.3.3. Penundaan Silang Dada [Cross Chest]
* Dalam pakaian penuh, masuk dalam air cetek dan berenang 20 meter kearah mangsa
: Demokan aksi Reverse dan calm – reassure – dan ambil mangsa daripada belakang. Tunda mangsa balik dengan menggunakan Tunda Silang Dada [Cross Chest] dan membantu mangsa ke daratan

7.3.4. Penundaan Guna Alat [Towing with Aid]
* Mangsa yang sedar di dalam kesusahan di air dalam sejauh 50 meter. Hanya peralatan tanpa apungan sahaja yang ada
: Dengan menggunakan alatan tersebut, masuk air, berenang 50 meter ke arah mangsa dan tunda mangsa balik dengan masa :
A] Lelaki : 3 minit
B] Perempuan : 3 minit 15 saat

7.3.5. Penyelamatan Bercampur [Combined Rescue]
: Masuk air cetek dan berenang sejauh 20 meter. Selam dan mencari di bawah air sejauh 5 meter untuk membawa naik objek seberat 4 kg di kedalaman 1.8 meter
: Semasa pencarian tersebut, demokan aksi kaki dulu dan kepala dulu semasa menyelam [surface dive]
: Tukarkan objek tadi dengan mangsa yang di anggap tidak sedar dan tidak bernafas
: Tunda ke tepian yang terdekat dengan ampu di air dalam [support in deep water]
: Demokan penyelamatan mulut ke mulut [EAR] sebanyak 3 pusingan
: Tunda ke air cetek dan sambung EAR sejauh 5 meter
: Daratkan mangsa dan letakkan di dalam Posisi Pemulihan [Recovery Position].

7.3.6. Kesusahan [Difficulties]
* Mangsa di dalam kesusahan di air dalam, 50 meter daripada tepian. Tiada alat bantuan di sekitar
: Masuk air dengan aksi Straddle Jump
: Renang 50 meter kearah mangsa
: Demokan aksi halangan dan menyelamat dengan Tunda Dagu [Chin Tow] sejauh 50 meter
: Masukkan demo mengurus mangsa mengelupur [double restraints]
: Di penghujung tundaan, ampu mangsa dan dengan isyarat Pemeriksa, bantu mangsa daratkan ditempat dalam.

7.3.7. Pelepasan [Releases]
: Demokan aksi yang berkemungkinan terjadi di dalam kolam renang yang sesak
: Demokan 3 jenis pelepasan seperti yang diarahkan oleh Pemeriksa diikuti dengan 3 teknik tundaan sejauh 25 meter

  p/s : sebahagian rencana di atas dipetik dari laman http://heimswim.blogspot.com
 
Beberapa Nota berguna berkenaan Lifeguard :


2011 Freshwater Lifeguard Manual

NAS Lifeguard Textbook
2011 OceanBeach Lifeguard Manual





Saturday 19 November 2011

Program Berenang Remaja Desa Saujana 2011


Pagi ni 19/11/2011 saya telah membawa anak2 remaja Desa Saujana :-

1. Muhammad Faris
2. Ahmad Nabil
3. Muhammad Nabil Fathir
4. Muhd. Amirul
5. Muhd. Syadiq
6. Ahmad Farhan (Anak)

Kami berenang di Kolam renang Precint 6, Putrajaya dari 9.00pg-11.00pg.
Sambil-sambil saya mengajar asas renang freestyle dengan dibantu anak (Ahmad Farhan).



Sekirannya remaja yang lain berminat join boleh berhubung dengan Ahmad Farhan. InsyaAllah kita boleh tetapkan tarikh dan masa untuk sesi kedua nanti.

...dipetik dari facebook Desa Saujana

Friday 11 November 2011

Video Seminar Renang Gaya Bebas

Ini adalah video sambungan daripada renang gaya bebas peringkat asas ke tahap pertandingan Thriathlon.
Bagaimana kita dapat belajar kaedah berenang yang lebih efficient dan mencapai jarak yang maksimum.

Video: Avi 352x240 29.97fpsAudio: 
MPEG Audio Layer 3 44100Hz stereo 96kbps