Monday 15 August 2011

Cara Saya Belajar Berenang

Saya bermula dari "0" tidak pandai berenang dua setengah tahun yang lalu, tetapi semangat begitu membara dan teruja untuk pandai seperti orang lain.  Tujuan asal berenang adalah untuk menjadikan anak saya yakin dan berani pada air dan akhirnya pandai berenang. Saya memilih renang sebagai altenatif untuk memulihkan penyakit asthma 4 orang anak lelaki yang di hadapi sejak kecil lagi.

Sejarah bermula di kolam renang Pusat Komuniti Precint 16, Putrajaya (berhampiran Alamanda) pada Disember tahun 2009 .Saya dan 3 orang anak lelaki mencuba  buat kali pertama untuk berenang secara semulajadi tetapi apa yang terjadi adalah lebih tenggelam dari terapung dan kekenyangan terminum air kolam.

Melihat kiri dan kanan perenang yang telah mahir membuatkan saya rasa malu dan kecil bagai semut di lautan.
Timbul satu keazaman saya pasti boleh melakukannya satu hari nanti.

Kaedah saya belajar :-

1) Jurulatih saya ialah diri sendiri berpandukan kepada video swimming dari Youtube dan sebahagian dari DVDRIP Swimming Training yang saya download dari Internet. Sebelum turun ke kolam renang saya akan mengulang kaji video tersebut untuk mencari dan memahami kaedah berenang yang ditunjukkan. Style yang pertama saya praktiskan adalah gaya bebas (freestyle).

2) Minda positif merupakan kekuatan mental yang mendorong :-
    - Fokus kepada usaha "meniru" cara berenang di dalam video, walaupun hasilnya tidak menunjukkan kejayaan.Putus asa dan kecewa tidak ada dalam pemikiran saya.
    - Bekerja keras menguji ketahanan fizikal sendiri sejauh mana tahap maksima yang saya boleh pergi.Pada mulanya pergerakan renang saya hanyalah 2 hingga 3 meter kehadapan (freestyle).Namun setiap sesi saya dapat menambahkan jaraknya, sehinggalah saya mencapai jarak 50m kali pertama (hujung ke hujung kolam).

3) Analisa kesilapan semasa latihan dengan merujuk kembali kepada video berulang-ulang kali dan kemudian cuba memperbaiki di sesi berikutnya.

4) Kekerapan sesi latihan satu minggu minimum 3 sesi x 2jam = 6jam. Lebih tinggi kekerapan akan lebih  membina ketahan fizikal dan stamina di dalam air dalam jangka masa yang panjang tanpa anda sedari.

5) Air sebagai kawan bukan lawan yang akan melemaskan kita.Pemikiran yang akan menjadikan kita mudah untuk terapung dan mengurangkan rintangan di dalam air seterusnya kita dapat begerak ke hadapan dengan tenaga yang minima dan jarak yang maksima.

6) Kawalan pemakanan sebelum dan selepas sesi latihan. Perut yang penuh dengan makanan akan menyebabkan nafas pendek dan cepat kepenatan semasa berenang selain ganguan gas "sedawa" yang keluar melalui mulut, ini akan menganggu pernafasan di dalam air.Selepas sesi latihan badan akan kepenatan dan rasa dahaga mestilah diisi dan dipulih kembali dengan makanan dan minuman yang sesuai (tidak keterlaluan).

7) Pakaian renang yang bersesuaian untuk mengurangkan rintangan di dalam air dalam masa yang sama juga pakaian yang menutup aurat muslim lelaki dan wanita,

8) Memahami batas keupayaan dan skill diri sendiri.Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk mengikut orang bersebelahan berlumba ataupun  berenang ke bahagian yang dalam tanpa persediaan dan kebolehan yang mencukupi. Ini akan membahayakan diri menjadi kejang kaki atau tangan dan lebih serius lemas akibat kepenatan.

9) Guru Internet saya yang popular adalah seperti Terry Laughlin (Total Immersion Swimming), Micheal Phelp, Ian Thorpe (Perenang Olimpik) dan yang lain-lainnya. Cara mereka berenang dari sesi latihan hingga ke pertandingan antarabangsa boleh menjadi contoh yang baik untuk dipelajari dan cuba kita dipraktiskan.

4 comments:

  1. terima kasih encik atas panduan dan nasihat

    ReplyDelete
  2. awesome....saya akan berlatih berpandukan nasihat yang tuan nyatakan di sini..terima kasih banyak2...:)

    ReplyDelete
  3. memang bermanfaat info ni

    ReplyDelete