Selamat datang...ke blog yang dibangunkan khas untuk berkongsi minat, pengetahuan dan pengalaman bagaimana belajar berenang sendiri tanpa guru dan dapat menguasai skill dengan berkesan. Ikutilah pengalaman saya seterusnya...anda juga pasti boleh melakukannya.

Monday 4 June 2012

Kedai Peralatan dan Pakaian Renang Speedo


 Pada 3hb. June 2012 semasa berjalan2 cari makan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya ternampak satu kedai menjual peralatan dan pakaian renang brand Speedo.

-Tanya kat salesman dia..tkde sales ke bila2 ?.dia jawab..biasenya Speedo fix price. Antara barang yang menarik minat saya iaitu Wetsuit dan Trisuit (RM180-RM380++) juga ada jual life jacket (Rm150-Rm200++) tapi tak beli pun..window shopping je.

Maklumat lanjut :
http://www.esg.com.my/stores/tenants/UG21A_Speedo.html
http://www.speedo.com

Saturday 2 June 2012

Pengalaman Pertama menjadi Lifeguard

 
Malaysian Internationals Waterski & Wakeboard Championship Putrajaya 
(sempena Hari Belia - Himpunan Jutaan Belia 23-27 Mei 2012)

Lokasi : Pusat Reakrasi Air, Precint 6, Putrajaya
Tarikh bertugas: 26 hingga 27 hb. Mei 2012
Masa bertugas  : 7.00pg higga 6.30ptg (Ahad - 3.30ptg)  

Mukaddimah :
   Menjadi seorang Lifeguard ? emm..tak pernah terfikir sikitpun sebelum ni dan memang tak masuk akal untuk menjadi seorang Penyelamat di air. Segalanya bermula apabila saya memulakan aktiviti berenang secara DIY lebih 3 tahun lepas. Hanya untuk tahu berenang lama kelamaan menjadi satu kemahiran baru dalam kehidupan saya.


   Merangkak setapak kehadapan pada 29 April 2012, menyertai acara berenang 6.5km dari Pulau Kapas ke pantai Kelulut Marang (Kapas Marang International Swimathon 2012) dan berjaya menamatkan pertandingan dalam masa 3.02jam sebagai "Finisher". Semangat bertambah tinggi untuk terus menguasai kemahiran berenang dengan lebih mendalam.lagi, kali ini prospek yang saya nampak di hadapan adalah sebagai "Lifesaver" pula. Mungkin nak rasa bagaimana jadi hero selepas ini . Bak kata pepatah orang putih From Zero to Hero.


  Di kolam renang awam semestinya ada Lifeguard yang bertugas (hehh..diaorang cukup rajin tiup wisel) sepanjang sesi renang untuk mengawasi dan mengawal keselamatan pengunjung kolam renang. Apa best-nya menjadi Lifeguard atau Pak Pacak di kolam renang ? Saya membuat kajian dan siasatan melalui Youtube, e-book dan artikel dari internet untuk memahami tugas2 mereka dan bagaimana syarat2 untuk menjadi seperti mereka. Memang teruja dan timbul minat bila membaca dan melihat video2 berkaitan Lifeguard terutamanya siri "Bondi Rescue"  berkenaan penyelamat di pantai Bondi di Australia.
   Pelakon Bondi Resque sememangnya Lifeguard sebenar yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tinggi dalam kerja-kerja menyelamat  sebelum dipilih berlakon dalan siri tv ini. Semua kejadian yang dipaparkan dalam tv adalah kejadian sebenar dan bukan lakonan mengikut skrip seperti mana siri Baywatch lakonan David Hasselholf tidak lama dulu.

   Timbul satu keinginan dan minat untuk merasa pengalaman menjadi seperti Lifeguard pada suatu hari nanti dan hari nya telah tiba tanpa dijangka.

On Duty
   Jadual bertugas sepanjang pertandingan dijalankan bermula dari 25hb. hingga 27hb. Mei 2012 (Jumaat hingga Ahad). Kami bergilir separuh hari di darat dan separuh hari di tengah tasik.Kehadiran adalah seperti berikut :-
25/5 Jumaat :   Hamdan (Ketua), Suhaimy, Naim
26/5 Sabtu   :   Hamdan (Ketua), Rahman,  Suhaimy, Sazali
27/5 Ahad   :   Rahman ( Ketua),  Suhaimy, Sazali, Naim

Tawaran
   Saya mendapat peluang menjadi Lifeguard secara tak langsung dari sebuah Persatuan Penyelamat di Putrajaya dimana saya menghadiri kelas Renang dan Menyelamat di Air. Walaupun pada mulanya risau juga sebab tiada pengalaman langsung menjadi Lifeguard sebelum ini bagaimanapun prinsip saya suka meredah badai dan menongkah arus maka saya terima tawaran ini tanpa banyak soal, bak kata pepatah "Rezeki Jangan ditolak, Musuh Jangan Dicari". Bila diberi kepercayaan ambil sebagai amanah dan laksanakan dengan cemerlang. Belajar dari yang mengajar..hormat kepada cikgu dan senior.



   Perkataan tidak tahu dan susah letak ke tepi dahulu, berfikir positif untuk menjadi Lifeguard buat kali pertama. Tepat pada 26/5/2012 Sabtu, saya telah berada di kawasan Jeti tepi tasik lebih kurang pukul 7.00pagi.

Tugas Lifeguard
   Skop tugas Lifeguard dalam pertandingan ini adalah untuk mengawasi dan memastikan keselamatan semua krew dan peserta Waterski dan Wakeboard terjamin setiap masa samada di darat atau di dalam air. 2 orang bertugas di darat dan 2 lagi di atas Safety bot yang sentiasa bersedia di dalam tasik sepanjang acara pertandingan dijalankan.

   Di darat kami menggunakan Resque Tube dan Life-Line Throw bag sebagai alat bantuan untuk kerja-kerja menyelamat sementara di atas Safety bot hanya Resque board digunakan sebagai alat penyelamat.
Tugasan Lifeguard di dalam Safety bot :-

Rahman dan  Suhaimy (Lifeguard), Rody (pilot bot) dan Ahmed (jurugambar).Kelihatan dalam gambar Spine board stretcher warna kuning untuk menyelamat mangsa kecederaan urat saraf.

   Tugas no.1)
   Menyelamat peserta yang mengalami kecederaan atau kemalangan semasa pertandingan samada di darat atau dalam air. "Worst Case Scenario" - Sekiranya berlaku kemalangan melibatkan kecederaan tulang belakang "Spinal Injury" perlu :-
 1.1) Berenang dari Safety bot menghampiri mangsa dengan membawa spine board stretcher (tanpa mengujudkan gelombang air yang boleh membahayakan mangsa)
 1.2) Meletakkan mangsa ke atas resque board dengan mengekalkan posisi spinal (tengkuk hingga ke pinggang) dengan cermat.
 1.3) Mengikat mangsa atas Rescue board dengan rapi menggunakan board strapper.
 1.4) Menunda mangsa dengan berenang ke arah Resque bot.
 1.5) Membawa mangsa ke jeti dengan Resque bot untuk tindakan selanjutnya dari Ambulan dan pihak hospital.
 
   Semua procedure ini perlu dilakukan oleh 2 orang lifeguard sahaja pada waktu tersebut...emm nampak macam sukar dan susah untuk dilakukan, tapi itu realitinya. Jadi sekiranya berlaku insiden kemalangan, kami perlu terjun ke dalam tasik dan melaksanakan semua procedure di atas. Rasanya inilah cabaran yang paling tinggi sebenarnya.

 Tugas no.2)
    Membantu penganjur untuk melicinkan perjalanan pertandingan antaranya membantu Skier yang terjatuh dalam tasik naik ke Safety bot termasuk menguruskan peralatan ski mereka kemudian bila habis semua Skier yang lain beraksi, mereka di hantar pulang ke jeti untuk meneruskan acara lain.

Peserta dari Indonesia berenang ke arah Safety bot

   Sepanjang pertandingan tiada kemalangan atau kecederaan berlaku memandangkan pihak penganjur memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan ditambah semua skier memang terlatih dan profesional dalam bidang masing2.Rutin krew Safety bot lebih banyak membantu acara Waterski berjalan lancar dan mengikut jadual memandangkan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

 Peserta dari Singapura & UK (terjatuh semasa beraksi) duduk dibelakang Safety bot sementara menunggu rakan lain meneruskan aksi mereka

Safety Bot
   Fungsi Safety bot adalah untuk memantau dan menyelamat Skier yang terkandas dalam air semasa pertandingan, oleh yang demikian bot akan berada pada jarak minimum dari laluan acara Waterski untuk memudahkan kerja mengeluarkan Skier dari dalam air dengan cepat dan selamat.

    Menariknya bot2 yang digunakan dalam pertandingan ini adalah yang berteknologi tinggi dan canggih (tak pasti berapa harganya). Mastercraft (merah) digunakan sebagai Safety bot manakala Super Air Nautique (hijau) di gunakan untuk menarik skier atas air. Kedua2 bot ini memang laju gila jika memecut sambil membelah air menjadi ombak besar.

Antara bot yang digunakan pihak penganjur pertandingan.

   Ada satu insiden di mana ombak besar yang dihasil oleh Safety bot telah menyebabkan peserta kayak dan Dragon bot berhampiran terbalik. Kesian juga saya melihatnya tetapi untuk pertandingan kayak dan Dragon bot, mereka menggunakan perkhidmatan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dibantu oleh bot peronda Polis bagi tujuan keselamatan dan menyelamat peserta yang terjatuh dalam air.

Bot Jabatan Bomba dan Penyelamat, di belakang kelihatan bot Polis Marine Putrajaya 

   Merasa naik bot Mastercraft yang canggih dan laju memang menyeronokkan lebih-lebih lagi kos utk menyewa bot ini adalah RM300 sejam (hari biasa) dan RM360 sejam (hari Cuti & hujung minggu) menurut rakan pilot Safety bot.

  Pada saya sendiri memang agak besar perbelanjaan/modal bagi menyertai sukan ini berbanding sukan2 yang lain maka dapat duduk dalam Safety bot "Mastercraft" selama 2 hari adalah peluang keemasan yang mungkin tidak akan dilepaskan walaupun terpaksa bergelap kulit di bawah terik mentari.

Aksi Skier dari Dekat
   Saya dapat melihat dan merakam aksi2 Skier dari jarak dekat dan lebih jelas berbanding penonton yang duduk di Grandstand tepi tasik. Melihat peserta Waterski dan Wakeboard melakukan pelbagai aksi mencabar di atas air dengan kelajuan mencapai 50-58km/jam. Ada Skier yang berjaya mengekalkan posisi dari mula hingga tamat acara dan lebih menarik melihat yang jatuh berguling dalam air..tetapi kami bersedia sekiranya berlaku kecederaan kepada Skier.

Antara aksi-aksi menarik yang dapat dilihat sewaktu berada di dalam Safety bot.




Antara peserta yang mengambil bahagian dan aksi-aksi menarik mereka

Kembang Hidung
   Satu ketika semasa berjalan di kawasan jeti, seorang Skier (Kalya Kee -Singapore) berkata kepada  kami berdua, lebih kurang "Thanks Lifesaver, We trust our life in your hand" dan saya membalas dengan spontan "Make sure you trust your self first" sambil ketawa kecil berjalan masuk ke dalam Safety bot untuk bersedia bagi acara Slalom Open Women.

  Bila dikenang kembali kata-kata tersebut, rasa bangga sangat dan kembang hidung diberi penghargaan Terimakasih dan kepercayaan untuk menjaga keselamatan mereka sepanjang pertandingan. Realitinya jika berlaku sesuatu kejadian yang tak diingini berlaku, Lifeguard adalah orang yang terdekat yang bertanggung jawab memastikan keselamatan dan memberi bantuan segera walaupun ianya membahayakan nyawa sendiri.

Persediaan
   Untuk memastikan dapat menjalankan tugas pertama sebagai Lifeguard, perkara pertama yang saya fikirkan adalah mesti cergas dan bertenaga setiap masa, apa yang saya lakukan adalah seperti berikut :-

1) 3 hari sebelum bertugas saya melakukan fitness swimming dan drill lifesaver di kolam renang
2) Tidur awal untuk kesegaran dan tenaga keesokan harinya
3) Sarapan pagi lebih sumber Carbo dan protein
4) Minum air mineral yang banyak sepanjang tugasan utk menghidarkan dehidrasi
5) Memakai pakaian yang dapat menghalang sinar matahari (UV) dari mengurangkan air dalam badan
6) Memakai cermin mata anti UV yang dapat mengurangkan silau dan keletihan pada mata
7) Mengawal emosi agar sentiasa bertenang dan berwaspada setiap masa
8) Enjoy semasa bertugas untuk mengurangkan stress

Makanan dan Minuman
   Sepanjang 3 hari pertandingan dijalankan, pihak penganjur menyediakan air mineral dan makan tengahari kepada krew, peserta dan Lifeguard yang bertugas. Boleh tahan juga menu makan tengah hari yang disediakan bertempat di atas bilik kaca Swimming pool precint 6.

   Di samping itu pihak penganjur juga ada memberi sedikit elaun perkhidmatan dengan sijil penghargaan.Tidak ketinggalan juga kami diberi T-Shirt percuma yang berwarna putih dengan logo pertandingan, sekurang-kurangnya ada juga buah tangan dan kenangan untuk tugasan yang pertama ini.

Hasil Pendapatan
Apa yang saya perolehi dari tugasan ini adalah :-
1) Pengalaman berharga belajar dan bertukar fikiran dengan senior lifeguard.
2) Pendedahan secara praktikal tugas seorang lifeguard.
3) Keinginan dan kesanggupan belajar sesuatu yang baru lagi mencabar fizikal dan mental.
4) Perkataan Terimakasih dari Skier adalah penghormatan dan pujian paling tinggi pada saya.
5) Perlu mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri setiap masa sebagai lifeguard. 
6) Perlu menambah dan mempelajari lebih banyak ilmu Menyelamat Kelemasan untuk keyakinan diri.
7) Ingin meneruskan tugasan yang lebih mencabar di masa depan.

Harapan
   Satu hari nanti dapat memberi bantuan dan menyelamatkan nyawa dengan kemahiran dan pengetahuan yang saya pelajari. Juga memanfaat kemahiran menyelamat di air kepada generasi muda dan anak-anak supaya " Satu Keluarga Satu Penyelamat" boleh diujudkan di Malaysia.

-keterangan lanjut pertandingan ini boleh dilayari di  http://www.waterski.com.my/